Jangan buang permainan tradisional

[ Mingguan Malaysia : 30 Julai 2017 | Ahad ]
“Apabila semakin banyak permainan tradisional dipinggirkan dan digantikan dengan berteknologi moden, ramai kurang menyedari sebenarnya secara tidak langsung telah menghakis nilai-nilai murni yang mampu membentuk jati diri di sebalik permainan penuh nostalgia itu.”
 
REnTASS 2017 yang dianjurkan oleh UPSI, ASWARA dan Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia menampilkan ramai pembentang kertas kerja dengan pelbagai topik tentang seni.
 
Antara topik yang diketengahkan berkaitan muzik, seni persembahan, kuratorial, pengurusan seni budaya, penulisan artistik, seni lukis dan seni reka yang diadakan selama dua hari berturut-turut.


Karakteristik dalam seni warna

Oleh : Rasfan Abu Bakar
[ Mingguan Malaysia : 30 Julai 2017 | Ahad ]
 
WARNA dalam kehidupan adalah sangat subjektif. Apa yang membangkitkan suatu tindak balas dalam diri seseorang individu boleh memberikan reaksi yang sangat berbeza buat orang lain.


Nasib graduan seni

(5 Julai 2017 | Rabu | Sinar Harian (Kampus)
Realitinya hanya segelintir mampu ‘hidup’ dengan kelayakan dimiliki
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia , Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya berhasrat mengangkat golongan seni terutamanya anak muda yang mempunyai kemahiran dan minat tinggi dalam bidang berkaitan, bagi diletakkan di tempat sepatutnya.
 
“Seni dan budaya ini bakat yang tidak dianugerahkan pada semua. Hanya orang tertentu mempunyai bakat seni ini. Mereka kreatif…jangan pandang rendah. Apa kita hendak lakukan supaya bakat mereka ini ada kesinambungannya?
 
“Saya ibaratkan mereka ini mutiara. Jika hilang, kita tidak mempunyai roh negara itu. Sebab itu kita hendak membentuk Universiti P Ramlee. Negara yang ada roh, ia mempunyai seni halus universiti masing-masing. Kata orang, ia aset kepada negara untuk mengangkat martabat seni budaya tanah air kita ini”, katanya semasa Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersamanya di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru-baru ini.


Footloose, but not fancy-free

(July 6, 2017 | Thursday | The Sun )
For someone who only began dancing at the age of 19, Raziman Sarbini is doing very well for himself. Upon leaving secondary school in Limbang, Sarawak, he tried his luck at an audition to enter the National Academy of Arts, Culture, and Heritage (ASWARA).
 
“I didn’t know what I wanted to do with my life…maybe I would have become a policeman if I didn’t get into ASWARA,” he laughed.
 
He got inspired to learn dancing after waching reality dance show So You Think Yo Can Dance and seeing how athletic and amazing the dancers were. It’s been quite the journey for Riziman, and he is now on his way to New York University (NYU) to do the Master of Fine Art programme at the Tisch School of Permormance Art.