THE 1st INTERNATIONAL CLASSICAL PIANO AND VOCAL COMPETITION
Fakulti Muzik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menganjurkan pertandingan Piano dan Vokal Klasikal Antarabangsa bermula pada 18 hingga 19 November 2017 bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar yang mewakili UPM, UM, UCSI, Yamaha dan pusat muzik swasta. Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan anak seni berkongsi bakat muzik mereka disamping menyokong dan mempromosikan muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa. Bagi kategori vokal klasikal, Muhammad Azzamuddin bin Lop Hisham, pelajar Fakulti Muzik ASWARA telah memenangi tempat kedua dan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil, trofi serta Sijil Modal Insan dari Fakulti Muzik ASWARA. Pertandingan tersebut telah diadili oleh panel penilai daripada luar yang terdiri daripada ahli muzik profesional termasuk pensyarah muzik ASWARA. Anugerah kepada semua pemenang bagi setiap kategori vokal dan piano klasikal telah disampaikan oleh YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ramlan Mohd Imam, Dekan Fakulti Muzik ASWARA. Terdapat juga anugerah persembahan terbaik yang diadili secara undian oleh penonton.