TAYANGAN TEATER EMOTIF ‘3 JARI DARIPADA TUHAN’
4 November 2017, sabtu – Fakulti teater, ASWARA telah mementaskan teater bertajuk ‘ 3 Jari Daripada Tuhan’, adaptasi dan arahan Cik Rosminah Mohd. Tahir , Dekan Fakulti Teater , ASWARA. ‘ 3 Jari Daripada Tuhan’ ini mengambil inspirasi daripada karya Khairul Nizam dan Zayana Yusof adalah projek khas yang mengabungkan kerjasama antara pelajar-pelajar dan pensyarah Fakulti Teater untuk slot Teater Emotif, mengisahkan seorang insan orang kurang upaya ( OKU ) yang berhati waja dan semangat tinggi. Dalam pergerakan yang terhad, hanya tiga jari jemarinya yang boleh bergerak, kuasa Allah maha berkuasa, maha pengasih dan penyayang,kekurangan itu menjadi kekuatan kepada beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di dalam dunia perniagaan di atas talian (online).