Program Sarjana Seni

Pada tahap ini, program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tempoh matang bagi program ini adalah dua tahun (Master) dan tiga tahun (PhD) secara sepenuh masa. Bahasa pengantar  dan portfolio adalah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.


 

Syarat-syarat Kemasukan Program Sarjana Seni

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan gred minimum HPNG 2.75 atau setara dengannya dari mana – mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Panel Akademik Siswazah atau MQA, tertakluk kepada sekurang – kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan kerja;
  3. Selain itu, calon mesti kredit Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf;
  4. Pengecualian diberikan kepada calon yang menduduki kursus teras Bahasa Melayu dan lulus pengajian serta mana – mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar;