PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA ANTARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KYOTO UNIVERSITY OF ART AND DESIGN, JEPUN

Latar belakang program :

ASWARA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerima jemputan daripada Kyoto university of Art And Design (KUAD), Jepun untuk program pertukaran antarabangsa antara ASWARA dan KUAD susulan daripada kunjungan 16 orang mahasiswa KUAD, Jepun ke ASWARA pada 29 Februari – 5 Mac 2016 yang lalu untuk mengikuti bengkel kesenian tradisional.

Tujuan Program:

Memperkenalkan ASWARA sebagai sebuag institusi pengajian tinggi seni di Malaysia dab bertukar-tukar pendapat mengenai seni dan budaya akademi masing-masing.
Mendapatkan maklumat terperinci mengenai struktur seni persembahan tradisional Jepun disamping turut sama mempelajari budaya tradisi Jepun.
Membuka pengalaman baharu dalam konteks seni persembahan tradisional alam melayu.