Program Pengajian Asasi Seni Kreatif Aswara

Tujuan Program Pengajian Asasi Seni Kreatif ini adalah untuk mempersiapkan para pelajar bagi melayakkan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, sama ada di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mahupun di universiti-universiti tempatan yang lain.

Objektif Program

Objektif Program Pengajian Asasi Seni Kreatif adalah dinyatakan seperti yang berikut;

  • Memperolehi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas dalam proses persiapan, penghasilan, serta pengurusan karya seni kreatif.
  • Mampu berfikiran secara kreatif dan kritis untuk merancang, menghasilkan dan mentafsir maklumat-maklumat asas mengenai proses serta hasil karya seni kreatif.
  • Mampu menggunakan teknik, kemahiran dan peralatan asas yang diperlukan untuk teknologi produksi seni kreatif.
  • Mahir berkomunikasi secara profesional dan bekerjasama untuk penghasilan produksi dalam bidang seni kreatif.
  • Menggunakan kemahiran pembelajaran kendiri dan pengetahuan asas dalam pendidikan lanjut dan pekerjaan.

Kelayakan masuk ke Program Asasi Seni Kreatif 

  1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  2. LULUS Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  3. LULUS O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  4. KELAYAKAN-KELAYAKAN LAIN yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN
  5. LULUS TEMUDUGA yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

Calon-calon boleh mengisi permohonan atas talian melalui http://www.aswara.edu.my/webportal/ms/mohon-sekarang/

 Buku Panduan dan Peraturan Akademik Pengajian Asasi Seni Kreatif Bagi Sesi Akademik 2019/2020
 Buku Panduan dan Peraturan Akademik Pengajian Asasi Seni Kreatif Bagi Sesi Akademik 2018/2019