PROGRAM KEMBARA MUDA RAKYAT
26 November 2017, Ahad – seramai 200 pelajar serta fasilitator telah menyertai program kerjasama oleh pihak ASWARA dan Yayasan Bank Rakyat. Program ini adalah rentetan Jalinan Kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) yang telah di tandatangani pada 7 November . Lawatan ke ASWARA adalah bertujuan memberikan pendedahan mengenai ASWARA dan peserta dibawa melawat ke Fakulti Animasi & Multimedia, disamping menyemai minat para pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang seni.