PROGRAM KEMBARA MUDA RAKYAT 2017
20 – 22 OKTOBER 2017 – Satu program Kembara Muda Rakyat 2017 anjuran Yayasan Bank Rakyat telah diadakan melibatkan 31 pelajar-pelajar dari Fakulti Filem dan Televisyen, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya dan Fakulti Animasi dan Multimedia dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah.  Program yang diberi nama “Train the Trainer” ini dijalankan bertujuan sebagai perkongsian ilmu serta menyiapkan para pelajar ASWARA bagi melatih pelajar-pelajar sekolah untuk persiapan di masa akan datang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar yang dihantar ke sesi ini perlu menyelesaikan tugasan pembikinan video untuk diadili oleh juri yang dilantik kelak. Program Kembara Muda Rakyat adalah satu program kerjasama berterusan antara Yayasan Bank Rakyat dan ASWARA.