Syarat-syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda

  1. LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU
  2. LULUS SIJIL ASASI SENI KREATIF ASWARA/ MATRIKULASI/ FOUDATION/ ASASI dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; ATAU
  3. DIPLOMA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) atau DIPLOMA LAIN (TAHAP 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF)) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan kepujian BAHASA MELAYU DI PERINGKAT SPM; ATAU
  4. MELALUI KEMASUKAN APEL; DAN Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN
  5. Mempunyai PENGALAMAN dan PENGETAHUAN ASAS dalam bidang yang dimohon; DAN
  6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) dari tahun permohonan; DAN
  7. LULUS TEMUDUGA DAN UJIBAKAT yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

Catatan

  • Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
  • Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
  • Calon-calon Fakulti Filem & Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (Storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Animasi & Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa portfolio
  • Calon-calon Fakulti Pengurusan Seni & Budaya diminta membawa resume dalam bentuk soft copy (berformat Power Point) dan hard copy
  • Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa karya lukisan (sekiranya ada)

Senarai Fakulti yang Menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda: