PERSEMBAHAN GEMA SENI TRADISIONAL: “WAYANG KULIT BUDAK”
27 Oktober 2017, Jumaat – Bersempena dengan program Gema Seni Tradisional, Pusat Seni Pentas Tradisional ASWARA (PuTRA) telah membawakan persembahan wayang kulit Kelantan yang istimewa bertajuk “Wayang Kulit Budak”. Persembahan ini menampilan adik Kamarul Baihaqi bin Kamarul Baisah yang berusia tujuh (7) tahun sebagai Tok Dalang dengan diiringi oleh kumpulan muzik, yang dibawa khas dari Kelantan yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun. Persembahan ini mencipta sejarah buat seni wayang kulit tanah air yang menjanjikan harapan positif dalam usaha melestarikan kesenian ini.