Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sedang melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (Subjek Jabatan) ASWARA.  Untuk makluman tuan, peperiksaan yang akan dilaksanakan ialah Peperiksaan (Subjek Jabatan) ASWARA Pegawai Kebudayaan Gred B41 dan B43 serta Peperiksaan (Subjek Jabatan) ASWARA Pegawai Kebudayaan Gred B47 dan B51.

Sehubungan itu dipohon kerjasama pihak tuan untuk memuat turun  dokumen seperti berikut :-

  1. Jadual Peperiksaan (Subjek Jabatan) Tahun 2017 bagi ASWARA;
  2. Sukatan Peperiksaan (Subjek Jabatan) ASWARA Pegawai Kebudayaan Gred B41 dan B43;
  3. Sukatan Peperiksaan (Subjek Jabatan) ASWARA Pegawai Kebudayaan Gred B47 dan B51; dan
  4. Borang Permohonan