MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA 2017
Majlis Anugerah Gemilang Siswa ASWARA (MAGiS) 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2017 (Selasa) Jam 8 malam di Panggung Eksperimen, ASWARA yang telah dihadiri oleh Rektor ASWARA serta pengurusan tertinggi di samping pelajar-pelajar asrama. Majlis Anugerah Gemilang Siswa ASWARA (MAGiS) 2017 adalah satu majlis bagi menghargai pelajar yang bergiat aktif dalam persembahan, persatuan dan menyertai pertandingan di luar ASWARA. Mereka inilah yang telah menaikkan nama ASWARA yang dikenali sama ada di dalam negara atau di luar Negara.