PERSEMBAHAN “LEGACY FASCINATING CULTURAL EXCHANGE CONCERT OF TRADITIONAL MUSIC & DANCE BETWEEN JAPAN-MALAYSIA”
19 Oktober 2017, Khamis- ASWARA telah bekerjasama dengan Min-On Global Music Network dalam penganjuran Konsert Legacy yang merupakan konsert pertukaran budaya yang menarik , muzik tradisional dan tarian antara Jepun & Malaysia. Konsert ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut, bermula dari 17 Oktober 2017 di Plenary Theatre, KLCC, pada 18 Oktober 2017 di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Malaysian Tourism Centre (MaTIC) dan seterusnya hari terakhir konsert pada 19 Oktober 2017 bertempat di Panggung Eksperimen , ASWARA.