LAWATAN ILMIAH SMK DATO’ SYED AHMAD, KUALA NERANG KEDAH KE ASWARA
Pada 20 oktober 2017,Jumaat – satu lawatan ilmiah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah telah diadakan di ASWARA. Antara aktiviti lawatan ilmiah ini ialah sesi temuramah bersama adiguru dan pensyarah fakulti, lawatan ke perpustakaan ASWARA bagi mendapatkan bahan maklumat serta sesi lawatan dan demonstrasi di Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) dan Bangunan LOKARYA. Pelajar yang hadir terdiri dari 40 orang pelajar Tingkatan 6 serta empat orang guru pengiring.