LAWATAN ILMIAH SEK KEB KAMPONG RAHMAT SETIU, TERENGGANU
10 November 2017, Jumaat- Sekolah Kebangsaan Kampong Rahmat Setiu, Terengganu telah membuat lawatan ilmiah ke ASWARA seramai 33 orang murid dan 7 orang guru pengiring. Antara aktiviti lawatan ilmiah adalah sesi lawatan ke Fakulti Animasi dan Multimedia dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA). Para pelajar diberi penerangan serta melihat hasil kerja para pelajar-pelajar Fakulti Animasi dan multimedia. Selain itu, para pelajar diberi penerangan , demonstrasi serta diberi kesempatan untuk mencuba sendiri alat muzik Cak Lempong oleh Adiguru, En. Rahbeni Mutaal.