ASWARA DIPELAWA UNTUK MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA DI SARAWAK

Kunjungan hormat YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Komunikasi) Sarawak.

Pada 16 Mac 2017 @ Khamis yang lalu, ASWARA telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Komunikasi) Sarawak dan isteri YBhg. Puan Siti Shorgayah Ahmad Zaidin bersama YBhg. Encik Sudarnoto Osman Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn. Bhd. dan delegasi daripada syarikat Sacofa Sdn. Bhd.

Kunjungan ini amat bermakna ini telah mengeratkan hubungan ASWARA dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pantadamai dan Sacofa Sdn. Bhd. ASWARA telah menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00 yang disalurkan ke Tabung Khas Anak Sarawak (TAKAS) yang baharu sahaja ditubuhkan untuk tujuan membantu pelajar daripada Sarawak yang mengalami masalah kewangan semasa pengajian mereka di ASWARA. Rektor ASWARA, YBhg. Prof. Dato’Ir Hj. Mohd Rizon Juhari dalam ucapannya berharap sumbangan seperti ini akan berterusan, mungkin dalam bentuk biasiswa atau pinjaman pula. ASWARA mempunyai seramai 25 orang pelajar dari Sarawak yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Seni Kreatif.