ASWARA MAHU GRADUANNYA CIPTA NAMA DI LUAR NEGARA
(3 Oktober 2018 @ Rabu, Utusan Online)
image.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mahu graduannya melebarkan sayap ke luar negara dan berkongsi seni budaya Malaysia di peringkat yang lebih tinggi. Untuk itu, hari ini ASWARA mengadakan program pertukaran seni budaya dan warisan bagi membolehkan pelajarnya memahami seni budaya negara lain sebelum mencari peluang pekerjaan di sana.
 
Rektor ASWARA, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari berkata, melalui program tersebut, pihaknya telah mengundang 12 pelajar daripada Yayasan Pendidikan dan Kebudayaan Pelajar-Pelajar Indonesia (ISCEF) untuk memperkenalkan tarian tradisional mereka daripada Indonesia kepada pelajar ASWARA.
 ____________________________________________________________________________
ASWARA LAKSANAKAN PROGRAM  ‘SUSPENDED MEAL’ @ KONGSI REZEKI
(3 Oktober 2018 @ Rabu, Kampus Uols)
pic 2.jpg
Buat julung kalinya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan program Suspended Meal @ Kongsi Rezeki bagi melahirkan rasa sayang dan prihatin dalam kalangan warga kerja terhadap para pelajar ASWARA. 
 
Program Suspended Meal @ Kongsi Rezeki ini adalah inisiatif daripada pihak ASWARA untuk membantu para pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan. Warga kerja boleh membuat sumbangan secara tunai kepada kafeteria ASWARA bagi penyediaan makanan kepada para pelajar yang memerlukan.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Rektor ASWARA, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari dan dihadiri oleh pegawai ASWARA. Rektor ASWARA berkata, dengan wujudnya program ini diharapkan ianya dapat memupuk semangat bantu membantu dan ukhwah dalam kalangan warga kerja dan pelajar ASWARA.
 ____________________________________________________________________________
 
ASWARA MAHU LEBIH RAMAI GRADUANNYA BEKERJA DI LUAR NEGARA
(3 Oktober 2018 @ Rabu, Bernama)
ISCEF.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mahu lebih ramai graduannya bekerja di luar negara bagi mendapatkan pendedahan yang lebih luas dalam bidang kesenian dan kebudayaan selain membuktikan kemampuan mereka di peringkat antarabangsa.
 
Rektornya Prof Datuk Dr Mohd Rizon Juhari berkata menerusi program sedia ada di ASWARA ketika ini, beliau percaya lepasan akademi itu mampu menembusi pasaran kerja dalam bidang seni dan budaya di negara seperti Indonesia, India, Jepun dan Arab Saudi.
 
“Pada ketika ini terdapat 28 program di ASWARA yang menawarkan pendidikan daripada peringkat diploma sehingga ijazah kedoktoran dalam bidang seperti muzik, teater, filem, tarian, skrip drama, seni halus dan pengurusan seni. Kesemua program berkenaan mendapat akreditasi,” katanya pada sidang media pada Program Pertukaran Budaya Antara ASWARA dan Indonesia Student Cultural And Education (ISCEF) di sini, hari ini.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:   http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1649397)
 ____________________________________________________________________________
ASWARA – ISCEF JALIN KERJASAMA
( 4 Oktober 2018 @ Khamis, Kosmo)
Picture1.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menjalin kerjasama dengan Yayasan Kebudayaan dan Pendidikan Pelajar Indonesia (ISCEF) melalui Program Pertukaran Budaya bagi mendapatkan lebih banyak pemahaman terhadap budaya kedua-dua negara.
 
Rektor  Hal Ehwal Akademik ASWARA, Prof. Dato’ Dr. Mohd Rizon Juhari (gambar kecil) berkata, kerjasama kali kedua itu antara lain bagi mempromosikan keunikan budaya yang menjadi kebanggaan negara dan mempelajari budaya negara jiran. Menurut beliau, program berkenaan membolehkan pelajar kedua dua institusi mendalami pelbagai aspek kehidupan seperti bahasa, kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan warisan masing-masing.
____________________________________________________________________________
PEMBACAAN LUAS LAHIRKAN PENGARANG KREATIF
GENERASI BAHARU PERLU DISEDARKAN KEPENTINGAN BUDAYA MEMBACA
(8 Oktober 2018 @ Isnin, Berita Harian)
Picture5.jpg
Seseorang pengarang dan penulis tidak muncul bersandarkan daya kreatif dan kepintaran saja, sebaliknya kepengarangnya akan turut berkembang melalui pembacaan yang meluas.
” Dalam karyanya ini, Anwar menyebut beberapa karya pengarang Melayu seperti (Datuk Dr) Usman Awang, (Datuk Seri) A Samad Said dan beberapa pengarang Inggeris utama. Ini dengan sendirinya menggalakkan anak terutama peminat sastera memahami seseorang itu muncul sebagai sasterawan tidak dengan daya kreatif atau kepantasan berfikir mereka saja.
 
“Sebaliknya ia turut berkembang dengan meluas melalui pembacaan daripada genre dan judul pelbagai,” katanya dalam ucapan melancarkan dua naskhah terkini Anwar Ridhwan, Cerita Saya: Memoir Sehingga Tahun Tragedi 13 Mei 1969 dan Bangsawan Helah Behena di Wisma Institut  Terjemahan & Buku Malaysia (ITMB). Yang turut hadir, Anwar Ridhwan ; Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah; Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Datuk Dr Mohd Rizon Juhari dan Pengurus Pekan Ilmu Publications, Abdul Halim Pekan Iskin.
 
___________________________________________________________________________
DANIA GALAS DUA TUGAS SERENTAK
(8 Oktober 2018 @ Isnin, Utusan Malaysia)
Picture4.jpg
Bekerja sambil belajar bukan sesuatu yang asing, malah kini menjadi pilihan sebahagian anak muda. Ada yang berbuat demikian kerana inginkan peningkatan dalam kerjaya, tidak kurang juga sekadar mengisi masa lapang. Semuanya terpulang kepada tujuan dan matlamat masing-masing. 
 
Namun, menggalas dua tanggungjawab serentak mungkin membebankan, tetapi tidak kepada kepada Nur Dania Aminurdin, 22. Pelajar tahun kedua jurusan pengurusan seni dan budaya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini, turut aktif menceburi industri peragaan dan pencarian bakat untuk video muzik artis tempatan. 
 ___________________________________________________________________________
 

SENI SISWA KEBANGSAAN VISION PETRON CUNGKIL BAKAT MAHASISWA SELURUH NEGARA

(15 Oktober 2018 @ Isnin, Kosmo)
Picture3.jpg
Wakil Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu menghasilkan lagu berjudul Melodi Malaysia dalam satu perspektif patriotik yang luar biasa. Menurut Er Wen, pasukannya cuba menitikberatkan komposisi, kreativiti dan kemahiran teknikal dengan memasukkan instrumen muzik tradisional seperti sita, tabla, gambus, gamelan dan sebagainya.
 
“Dalam industri muzik, kebanyakan artis sering mengetengahkan instrumen moden seperti piano dan biola tetapi lupa dengan kekayaan alat-alat muzik tradisional yang kita miliki. ” Ia bukan tidak bagus tetapi lebih baik kita ketengahkan keunikan warisan untuk tatapan dunia,” katanya yang ditemui Kosmo! di Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad, Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Penuntut jurusan Animasi di ASWARA itu menganggap penglibatannya dalam bidang muzik disebabkan minat yang mendalam dan mahu meningkatkan kemahirannya dalam pelbagai bidang.
 ___________________________________________________________________________
ASWARA
TAWAR PROGRAM PENGAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
(16 Oktober 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture5.jpgPicture6.jpg
Menyedari betapa pentingnya kebolehpasaran graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menawarkan satu program baharu, Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan kepujian buat graduannya iaitu satu-satunya program yang ditawarkan di Malaysia. Rektor ASWARA, Prof. Dato’ Ts.Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari ketika ditemui berkata, dengan adanya tawaran kursus tersebut ia dapat menarik lebih ramai minat pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang Seni Reka Persembahan.
 
Di ASWARA kami ada menyediakan ilmu asas teknologi seperti belajar tentang sistem pencahayaan dan bunyi, animasi dan multimedia, pemasaran dan sebagainya untuk persediaan para pelajar menghadapi cabaran kerjaya kelak. Selain itu kami juga tekankan subjek akauntan, ekonomi dan undang-undang untuk pelajar ambil sebagai ilmu tambahan.
 
Pada Julai lalu, ASWARA secara rasminya telah memperoleh hak milik lot tanah tapak kampus yang sedia ada yang merupakan salah satu usaha jangka panjang ASWARA menuju ke Universiti Seni Budaya yang ulung dalam menyediakan kelengkapan fasiliti yang terbaik di Asia Tenggara.
___________________________________________________________________________
RAJA ATIQ ASAH BAKAT MASUK KELAS LAKONAN DI ASWARA
(17 Oktober 2018 @ Rabu, Sinar Harian)
PictureATIQ.jpg
Tidak semua bintang baharu memiliki tuah untuk dikenali dengan begitu cepat. Namun rezeki dan tuah buat pendatang baharu, iaitu Raja Atiq seperti berpihak kepadanya. Pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah ini mula dikenali umum apabila drama rantaian Nur menjadi fenomena. Menerusi drama itu, Atiq, 18 mendapat perhatian ramai yang memegang watak sebagai Amirul dan bergandingan dengan naib juara Hero Remaja 2011/2012 iaitu Syafiq Kyle serta Amyra Rosli.
 
Tidak mudah berpuas hati dengan setiap lakonannya biar dipuji, Atiq mengambil pendekatan memasuki kelas lakonan hanya satu semester sahaja di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
________________________________________________________________________
WARISAN PAK NGAH BERTERUSAN 
Anak komposer terkemuka teruskan perjuangan bapa dalam industri seni
(20 Oktober 2018 @ Sabtu, Berita Harian)
Picture3.jpg
Legasi seniman, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih  mesra dipanggil Pak Ngah, tetap diteruskan dua permata hatinya yang akan memanjangkan perjuangan bapa mereka menerusi Pak Ngah Production Sdn Bhd. Syarikat yang genap meraikan ulang tahun ke-23 pada 27 Oktober ini adalah lambang kesungguhan pemuzik dan komposer terbabit dalam memartabatkan irama Malaysia serta ritma tradisional hingga ke persada dunia.
 
Diminta berkongsi keakraban dengan ayahanda tercinta, Syafrina pula mengakui, sejak kecil lagi mereka tidak pernah berpisah lama, menyebabkan kehilangan itu sangat dirasai. “Abah orang paling rapat dengan kami kerana sejak dulu kami sentiasa ikut dia ke mana-mana. Dia jugalah guru pertama yang mengajar kami mengenai dunia muzik, seni kreatif hingga aspek bisnes. “Namun, abah bukan jenis orang yang memaksa kami mengikut jejak langkahnya. Megat memang terarah kepada muzik, tetapi saya lebih kepada seni pementasan dan teater dengan menyambung pengajian di ASWARA.
___________________________________________________________________________
SEDIA JANA PENDAPATAN 
Jangka peruntukan dikurangkan pada belanjawan akan datang
(21 Oktober 2018 @ Ahad, Sinar Harian)
Picture1.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menjangkakan akan berlaku pengurangan peruntukan sekitar 30 peratus untuk institusi itu pada pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng, pada 2 November depan. Rektornya, Datuk Dr Mohd Rizon Juhari berkata, ASWARA memahami situasi ekonomi yang dihadapi negara ketika ini dan menjangkakan berlaku pengurangan peruntukan dalam bajet tahun hadapan.
 
Sementara itu, pada Istiadat Konvokesyen ke 14 semalam, turut diadakan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) ASWARA bersama Encore Melaka. Majlis memeterai MoU itu, disempurnakan Mohd Rizon dan Pengurus Encore Melaka, Long Tyan Poh disaksikan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi. Mohammadin berkata, MoU ini sebagai langkah positif dalam menjalinkan persefahaman pelbagai bidang ilmu antara dua pihak itu.
 
Menurutnya, ASWARA dan Encore Melaka bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dan menyokong kerjasama strategik dalam usaha memperkukuhkan aspek pembangunan pelajar, akademik, penyelidikan, pertukaran ilmu serta mempertingkatkan industri kreatif negara. ” Encore Melaka merupakan tempat berprestij teater seni persembahan bertaraf dunia dengan pentas pertama di Asia Tenggara yang berputar  360 darjah secara langsung yang dimiliki oleh PTS Impress Sdn Bhd, “katanya.
___________________________________________________________________________
 
KOMITMEN ZAHIRIL ADZIM PADA DUNIA LAKONAN
(22 Oktober 2018 @ Isnin, Sinar Harian)
Picture2.jpg
Zahiril Adzim atau dikenali sebagai Bob di kalangan teman-teman rapatnya, merupakan pelakon asal Taiping, Perak. Merupakan graduan daripada Akademi Seni Kebangsaan atau sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 
Zahiril dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (2009) menerusi filem pertama lakonannya, Kami The Movie. Manakala di peringkat antarabangsa, Zahiril memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di International Motivational Film Festival- Bridge of arts 2016 (IMF) di Rusia.
___________________________________________________________________________
MAT DERIH KOLA PERLIH
Teater Terbaik FTM 2018
(23 Oktober 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
teater terbaik.jpg
Festival Teater Malaysia 2018 (FTM2018) menyaksikan naskhah Mat Derih Kola Perlih yang dipersembahkan oleh Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis diangkat sebagai Teater Terbaik. Karya tulisan Namron yang didekonstruksi oleh Siti Jasmina Ibrahim ini tampil dengan tema yang cukup menarik tentang konflik sosial dan karma kehidupan yang digarap dengan cukup baik.
 
Sebenarnya saya tak jangka langsung dipilih sebagai pemenang kerana sedar finalis FTM2018 semuanya hebat-hebat belaka. Jujurnya saya tak harap menang pun, tetapi saya buat sehabis baik kerana saya memang sukakan lakonan pentas. Saya dah terlibat dengan teater semenjak umur sembilan tahun, malah turut menyambung pengajian dalam bidang ini di ASWARA. Jadi selagi ada peluang untuk beraksi di pentas, saya akan gunakan dengan sebaiknya.” Najua P.Ramlee (Pelakon Wanita Terbaik).
_____________________________________________________________________
 
TO DANCE, ASK 
Independent entity ASK Dance Company has its own studio venue to facilitate its quest to promote dance to the public
(26 Oktober 2018 @ Jumaat, NewStraits Times)
Picture26.10.18.jpg
They’re young, passionate and let their bodies do the talking. Studying hard to learn the art of movement through dance, they now have embarked on a journey of sustainability by establishing their own dance studio. Located on the first floor of a shop lot in Taman Ampang Hilir, Kuala Lumpur, the studio which opened about three months ago now houses the dreams of the ASK Dance Company (ADC)
 
A former dean of the Dance Faculty at ASWARA (National Academy of Arts, Culture and Heritage), he is now head of Akademic and Contextual Studies at the Hong Kong Academy for Performing Arts, who travels back-and-forth. The 10 dancers are all ASWARA graduates. Two of them, Imran Syafiq Mohd Affandi and Kimberly Yap Choy Hoong, both 27, say that it’s been a delicate juggle to keep things going. ” We re not just dancers, we wear a lot of hats. Some are in charge of the artistic direction of the dances and choreography. Others are in charge of technical aspects like editing music and videos, the behind the scenes stuff, marketing and other things,” says Yap, who assists Imran in managing the place.
___________________________________________________________________________
STEPING OUT
Well-know dancer and choreographer Joseph Gonzales left home and country  at 56 for a new adventure in Hong Kong
(29 Oktober 2018 @ Isnin, TheSun Monday)
Picturethesun.jpg
While most people are looking forward to retiring soon at age 56, Joseph Gonzales did the opposite: two years ago, he left everything familiar in Malaysia and took on a new challenge in a foreign land. The well-know dancer and choreographer accepted the position as head of Academic and Contextual Studies at the Hong Kong Academy for Performing Arts.
 
“I was with ASWARA (National Academy of Arts, Culture and Heritage) for 22 years and i loved what i was doing there,” says Joseph, who started as lecturer in ASWARA’s dance faculty in 1994 and became its dean four years later. “ASWARA, as far as i remember, was a student- centred learning institution with strong fundamentals for nurturing and educating as well as ensuring the revival of the traditional arts, alongside contemporary explorations. “Everyone who worked there was committed to shaping the future of the arts, and completely invested in its development.”
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  http://www.thesundaily.my/news/2018/10/29/stepping-out)
___________________________________________________________________________
PEMUZIK ACUN DRAM PUSING
Teknik Pusingan Beri Kelainan Pada Dram
Acun Dram Pusing lebih ringan, mudah dibawa dan menghasilkan bunyi melalui pergerakan, ia menjadi opsyen kepada pelajar-pelajar yang mencari alat muzik baharu untuk diteroka.
(29 Oktober 2018 @ Isnin, Kosmo)
Picturedrum1.jpgPicturedrum2.jpgPicture3333.jpg
Objek dikenali Acun Dram Pusing itu agak berbeza dengan dram-dram yang ada di negara ini. Dram adalah kelompok alat muzik perkusi yang terdiri daripada kulit haiwan seperti lembu dan kerbau yang direntangkan supaya dapat dipukul dengan tangan atau sebatang kayu. Selain kulit, terdapat juga dram daripada plastik. Dram mempunyai pelbagai jenis dan nama di seluruh dunia. Antara yang popular ialah dohol, jimbe, tabla,bhangra dan gendang anak.
 
Zulkhairee yang juga pelajar Fakulti Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu memberitahu, dia mengambil masa sebulan untuk menyesuaikan diri dengan dram berkenaan. Sehubungan itu, Pensyarah Fakulti Muzik, Shamsul Kamal Abd. Rahman berkata, dia menghasilkan empat buah dram pusing  supaya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar berkenaan. Ini termasuklah seorang lagi pelajarnya,  Emeirul Ashraf Jefri, 22.