EXPLORING PAIN AND PASSION
Three choreographer give some insight into the upcoming annual Jamu performance by ASWARA
(3 Disember 2018 @ Isnin, TheSun On Monday)
Picture3.jpg
In 2002, the dance faculty of ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) first staged a production titled Jamu, which exclusively featured contemporary dance performances. “Contemporary performances have a harder time pulling in the crowd compared to traditional performances, ” says Norsafini Jafar, the dean of the dance faculty of ASWARA.
She explain that Jamu was created with the sole aim of exposing Malaysian audiences to contemporary dance. She says: ” Jamu has now become an annual event.  Every year, our lecturer and students will put on a production.
 
This year, the production is titled Jamu 2018- Tradition in Contemporary Dance, and will be held at the Experimental Theatre in ASWARA from Dec 14 to 16. Eight lecturers from the dance faculty of ASWARA, including Norsafini, will be presenting eight contemporary pieces.
 _________________________________________________________________________
 
ADAPTASI KARYA P.RAMLEE
Sitora diberi sentuhan baharu
(4 Disember 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Pictureamar.jpg
Diakui karya-karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee mempunyai tarikan yang begitu besar kepada masyarakat merentas zaman. Justeru tidak hairanlah banyak karya beliau sentiasa diulang tayang di kaca TV sehingga kini. Tidak kurang juga yang menjadikan karya-karya tersebut sebagai inspirasi untuk diadaptasi kepada naskhah baharu dalam pelbagai medium seni termasuk pementasan teater.
 
Terbaharu, pelakon dan pengarah teater berjiwa besar, Amar Asyraf kembali memilih karya Allahyarham, Sitora Harimau Jadian untuk dipentaskan sebagai karya adaptasi menggunakan tajuk Sitora. Ia merupakan sebuah pementasan semula kerana sebelum ini Amar yang juga lulusan Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pernah mementaskan karya yang sama di Panggung Eksperimen Universiti Malaya beberapa tahun lalu.
 
Menariknya teater yang bakal dipentaskan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada 14 hingga 16 Disember ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penonton biarpun menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Ken Ridzuan, Azman Hassan, Azam Pitt,Yusmar Yusof, Neera Azizi dan lain-lain.
_________________________________________________________________________
 
PEGANG PRINSIP DALAM BERKARYA
Afiza Asram bukti kemampuan diri
(8 Disember 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picture6.jpg
Bukan mudah untuk seorang penulis menempatkan diri dalam dunia penulisan pentas sekali gus mendapatkan kepercayaan khalayak jika tidak tampil dengan karya-karya berjiwa yang mampu meninggalkan impak. Hakikat itu diakui penulis berbakat besar, Afiza Asram yang sentiasa mencari kelainan dalam menyampaikan cerita yang ingin diketengahkan dalam setiap karya-karya tulisannya.
 
Selain menulis tentang isu atau tema berkaitan wanita, Afiza yang merupakan lulusan Diploma Seni Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mempunyai misi dan prinsipnya yang tersendiri sebagai penulis. Tidak hairanlah kebanyakan karya tulisannya diterima baik, malah mendapat perhatian ramai meskipun namanya masih lagi baharu dalam bidang penulisan naskhah pentas.
_________________________________________________________________________
ANGKAT KARYA PELUKIS TEMPATAN
Dr Mohamed Najib mahu jadikan Balai Seni Negara lokasi wajib dikunjungi
(9 Disember 2018 @ Ahad, Metro Ahad)
Picture7.jpgPicture8.jpg
Detik ‘perkenalan’ dengan lelaki ini bermula apabila penulis menjejakkan kaki ke Balai Seni Negara (BSN) untuk membuat liputan pertama pameran lukisan di balai berkenaan sekitar Julai tahun lalu. Pada masa itu belum berkesempatan bertegur sapa denganya dan hanya melihatnya memberikan ucapan alu-aluan diikuti acara perasmian.  Setiap ucapannya sentiasa sarat dengan mesej yang jelas mahu mengangkat bidang seni visual di negara ini pada tahap lebih tinggi, sekali gus menggambarkan betapa mendalam kecintaannya terhadap bidang berkenaan.
 
Telahan penulis tepat kerana Ketua Pengarah BSN, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berpengalaman luas dalam bidang berkenaan yang diceburinya sejak 36 tahun lalu. Bermula sebagai pelukis pada 1982, pembabitannya dalam bidang itu berkembang secara berperingkat dengan menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rektor di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hinggalah dilantik kali kedua sebagai Ketua Pengarah BSN dari 2015 hingga kini.
 
Pelbagai perubahan yang beliau lakukan apabila menerajui agensi berkenaan dan menerusi idea segarnya berjaya menaikkan populariti BSN yang kini aktif mengadakan banyak pameran dalam usaha mengangkat karya pelukis tempatan.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20181209/page/54)
________________________________________________________________________
BERSENGKANG MATA DEMI REZEKI
Ayie Floor 88 bantu keluarga di kampung 
(10 Disember 2018 @ Isnin, Sinar Harian)
Picture5.jpg
Menyedari menjadi anak seni itu bukan seperti cerita indah, vokalis Floor 88, Ayie sanggup bersengkang mata demi mencari rezeki biarpun kebanyakan masanya berada di dalam kelas. Masih lagi bergelar pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di tahun akhir, Ayie berkata, semua ini dilakukan bukan hanya kerana untuk menyara diri di bandar yang ekonominya tinggi, tetapi disebabkan mempunyai keinginan untuk membantu keluarga di kampung.
 
Meskipun sibuk dengan kuliah dan kerjaya namun Ayie atau nama lengkapnya Nik Fadlee Elhamshah tidak mahu menggunakan khidmat pengurus peribadi kerana berasakan dia perlu belajar berdiri di kaki sendiri. “Bukan tidak mahu, cuma di ASWARA ini saya sudah biasa dididik dengan cara susah untuk menangani masalah sendiri.
________________________________________________________________________
MENAMPILKAN PAKYUNG BUKAN MELAYU
Makyung Indera Dewa curi tumpuan ramai
(11 Disember 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture11.12.jpg
Makyung merupakan persembahan tradisional yang tertua dan yang hampir pupus pada era ini. Bagi menghidupkan kesenian ini agar terus didekati generasi muda, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mementaskan persembahan Makyung Indera Dewa di Black Box, ASWARA pada 6 Disember lalu. Persembahan yang menampilkan 14 orang pelajar Diploma tahun tiga daripada pelbagai fakulti dan dibantu oleh para pelajar yang dinilai daripada aspek pengurusan ini merupakan projek penilaian produksi yang merupakan syarat penganugerahan Diploma ASWARA.
 
Dalam masa yang sama, pementasan ini juga adalah untuk mengisi slot Seni Akhir Tahun di bawah kendalian Pusat Seni Pentas Tradisional ASWARA (PuTRA). Persembahan Makyung Indera Dewa mencuri tumpuan ramai kerana menampilkan para pelakon bukan Melayu sebagai pemain utama. Watak Pakyung yang membuka persembahan dengan lagu Mengadap Rebab telah dimainkan oleh Ong Jee Teng.
________________________________________________________________________
45 KARYA 17 PELAJAR ASWARA
KISAH PERJALANAN KEHIDUPAN
Persediaan untuk pamerkan karya mereka kepada umum pada masa akan datang
(12 Disember 2018 @ Rabu, Harian Metro)
Picture11jpg.jpgPicture16.jpg
Masih bergelar pelajar tetapi 17 penuntut Diploma Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sudah mula menunjukkan bakat sebagai pelukis menerusi 45 karya pelbagai genre yang dihasilkan. Garapan dihasilkan menggunakan pelbagai medium seperti pen, akrilik dan media campuran itu dapat menghasilkan  kerja seni yang cukup halus selain mampu memukau sesiapa saja yang melihatnya. 
 
Semua karya berkenaan boleh dihayati dalam Pameran ‘From The CaveTo The World’ di Hotel Premiera Kuala Lumpur yang berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember ini. Pemilihan tajuk pameran itu dikatakan mempunyai kaitan dengan sejarah awal lukisan yang dipercayai bermula dari dalam gua apabila lukisan pada asalnya dilukis di dinding gua menggunakan kapur dan arang.
 
Bagi penuntut, Khairul Basyar Abd Aziz, 22, memilih judul lukisan ‘ To The Next Level ‘ yang berkisarkan perjalanan kehidupannya sebelum melanjutkan pengajian di ASWARA.
________________________________________________________________________
 
BAKAT MAHASISWA DITAGIH
(13 Disember 2018 @ Khamis, Berita Harian)
Picture10.jpg
“Saya sering menggunakan khidmat mahasiswa universiti kerana komitmen dan kemahiran ditunjukkan bagus, selain mereka mudah ditegur serta memahami apa yang diinginkan dalam persembahan, ” kata pengasas kumpulan muzik, Afad & Friends, Zulfadli Mustazar. Mesra disapa sebagai Afad, bekas vokalis kumpulan nasyid popular, Raihan itu berkata, lebih utama, beliau ingin membantu meluaskan peluang, ruang dan pendedahan kepada generasi pemuzik muda supaya dapat mencipta pengalaman.
 
“Saya biasanya menggunakan khidmat pemain gitar, keyboard, bass, dan dram bagi mengiringi persembahan kumpulan berbentuk tazkirah muzikal, lagu dakwah atau berkonsepkan isu kerohanian, kemanusiaan serta ketuhanan, ” katanya yang sering menjemput mahasiswa Universiti Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM).
________________________________________________________________________
MODERN TWISTS TO TRADITION
(14 Disember 2018 @ Jumaat, NewStraits Times)
Picture2.jpg
Under ASWARA’s annual dance showcase called Jamu, the lecturers-choreographers have been consistently offering such explorations. It is a concept started by Prof Dr Joseph Gonzales in 2001 for the institution. For the National Academy Of Arts, Cultural And Heritage’s upcoming showcase called Tradition in Contemporary Dance, eight original and new performances are on the bill from Norsafini Jafar, Mohd Yunus Ismail, Mohd Seth Hamzah, Zamzuriah Zahari, Norbaizura Abdul Ghani, Ng Xinying, Failul Adam and Murni Omar. 
 
Mohd Seth is well -know for his work on Malay traditional dances.  After working as a choreographer in Yayasan Warisan Johor and The Petronas Performing Arts Group, the ASWARA dance faculty deputy dean has participated in many dance programmes, locally and international Dance Conference 2011, and World Dance Day Surakarta Indonesia 2013. In addition to creating works that have elements of Malay traditional dance, he has also expanded contemporary works from the roots of traditional dances.
 
“Arts is very subtle form. It requires a very sharp eye and thought to understand and receive the message of the arts maker.” Norbaizura is a stranger to dance enthusisasts. The Kuala Lumpur born performer turned heads when she performed her arangetram in bharatanatyam in 2011. 
________________________________________________________________________
TIDAK PERNAH TINGGALKAN
DUNIA PEMENTASAN
Amar Asyraf terus kongsi ilmu
(16 Disember 2018 @ Ahad, Sinar Harian)
Picture1.jpg
Biarpun namanya lebih menyerlah dan dikenali menerusi lakonan drama TV, pelakon Amar Asyraf tetap bergiat aktif dalam dunia pementasan yang disifatkannya lebih memberi kepuasan. Tidak hanya melibatkan diri sebagai seorang pelakon, Amar juga sebenarnya turut mengarah dan menulis skrip untuk beberapa naskhah pentas. 
 
Menurut Amar yang juga merupakan lulusan Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini, dia amat meminati kerja-kerja belakang tabir. Baginya ia dapat memberi kepuasan yang tersendiri apabila menjadi orang yang bertanggungjawab menggerakkan sesuatu karya sebelum dipertontonkan kepada orang ramai.
 
Terbaharu, Amar kini sibuk dengan pementasan teater Sitora yang kini sedang dipentaskan di Dewan MBPJ, Petaling Jaya, bermula pada 14 hingga 16 Disember ini. 
_______________________________________________________________________
CELEBRATING JAPAN – MALAYSIA RELATIONS
Cultural exchange between the two countries brings new opportunities
(16 Disember 2018 @ Ahad, NewSunday Times)
Picture18.jpg
The goverment’s move to revitalise the Look East Policy is a good opportunity for Malaysians to study the culture of Japan, which has long played an important role in making it among the world’s leading industrial nations.
 
The National Academy Arts, Culture and Heritage (ASWARA) has long had a collaborative relationship with the Embassy of Japan in Malaysia and the Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL).  Together they have organised many successful cultural events, especially in 2017 in conjunction with the celebration of 60th anniversary of Malaysia -Japan diplomatic relations.
 
Among the activities held were the Kimono Lecture and Demonstration by Nobuaki Tomita, a kimono stylist, and a Noh Theatre Workshop by Soichiro Hayashi. ASWARA also collaborated with the ONE ASIA Joint Concert Executive Committee for the “Japan – Malaysia Music Festival”, a traditional music performance. In an interview recently, ASWARA rector Professor Datuk Ir Dr Mohd Rizon Juhari and Centre for Post-graduate Studies deputy dean Dr Wong Oi Ming share the academy’s Japan – Malaysia art and cultural exchange programmes and how Malaysia could learn from some of its standarts and ideals.
________________________________________________________________________

 

INDIVIDU PENTING PASTIKAN KELANCARAN PROJEK SENI
Kerjaya pengurus seni cukup besar, jaga setiap aspek, kawal semua orang dalam industri
(20 Disember 2018 @ Khamis, Berita Harian)
Picture9.jpg
Tanggapan masyarakat bahawa pengurusan seni ialah kerjaya yang kurang menjanjikan peluang dan tarikan meluas adalah tidak tepat kerana bidang itu umpama satu eko sistem cukup penting bagi memastikan kesempurnaan acara, projek serta majlis. 
 
Dekan Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Mejar Zulkifli Ab Rashid, berkata kerjaya bidang itu meliputi kerja berkaitan pengurusan seni dan budaya seperti menguruskan persembahan tarian, lakonan, teater, nyanyian, acara serta muzik.
 
Sementara itu, Zulkifli berkata bagi melahirkan lebih ramai pengurus seni, ASWARA memainkan peranannya dengan membangunkan Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya. Fakulti itu, katanya, memperkenalkan silibus berhubungan pembangunan diri dan skop tugasan pengurus seni bagi mengisi keperluan kerjaya dan memenuhi tenaga kerja profesional industri. Graduan bidang pengajian dihasilkan fakulti itu, katanya,  turut diterapkan dengan ilmu untuk mencipta pekerjaan melalui pengetahuan dimiliki, bukan sekadar berkerja makan gaji.
________________________________________________________________________
 
GABUNGAN BAKAT PELAJAR ASWARA DALAM MUZIKAL THE BARBER & MRS PIE
( 29 Disember 2018 @ Sabtu, Sinar Harian )
Picture12.jpg
Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sekali lagi tampil dengan sebuah pementasan menarik menerusi naskhah The Barber & Mrs Pie yang akan dipentaskan di Panggung Eksperimen, ASWARA pada 23 dan 24 Januari tahun depan.
 
Pementasan ini juga adalah untuk melengkapkan sesi Penilaian Tahun Akhir (PeTA) Ijazah Sarjana Muda Teater (lakonan) dan diarahkan oleh Nawfal Zamri yang juga merupakan seorang pensyarah di ASWARA. 
 
The Barber & Mrs Pie merupakan sebuah naskhah muzikal yang diadaptasi dan diolah daripada filem Sweeney Todd. Karya ini memaparkan kisah seorang tukang cukur yang menuntut pembalasan dendamnya yang selama ini telah dikhianati oleh seorang hakim yang kejam. Berlatarkan kota London, ia mengisahkan tentang kehidupan seorang tukang cucur bernama Benjamin Barker telah dikhianati Hakim Turpin yang mahu merampas kebahagiaan bersama isterinya Lucy.  
 _____________________________________________________________________
 
AKTIVITI KEBUDAYAAN BENTUK SAHSIAH PELAJAR 
( 29 Disember 2018 @ Sabtu. Kosmo)
Picture15.jpg
Kebudayaan dan warisan tradisi Melayu boleh dikatakan semakin terhakis dalam jiwa generasi muda masa kini. Penerapan budaya luar dalam pelbagai aspek kehidupan seiring dengan kederasan arus pembangunan tanpa sempadan dewasa ini telah banyak mempergaruhi dan mencorakkan kehidupan mereka. Hinggakan tidak keterlaluan jika menganggap ada dalam kalangan mereka yang sudah tidak lagi mengenali elemen-elemen seni dan budaya tradisi seperti caklempong, mak yong, dikir barat, kompang, congkak dan wau.
 
Bagi meneruskan kesinambungan aktiviti kebudayaan yang diatur sepanjang tahun, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson juga menubuhkan Kelab Penglipur Lara. Ia mensasarkan kepada para pelajar dan pensyarah yang berminat untuk meneruskan aktiviti bidang kebudayaan di luar konteks bilik kuliah. Antara bidang yang diketengahkan termasuklah tarian, caklempong, kugiran, gamelan, teater, kompang, randai dan nyanyian.
 
Kelab ini bergiat aktif di bawah kelolaan pensyarah yang berwibawa sambil dibantu oleh beberapa tenaga pengajar dalam kalangan pelajar lepasan Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA).  Ada juga dalam kalangan graduan politeknik yang aktif dalam bidang kebudayaan kini bergelar artis budaya profesional bersama pelbagai agensi kebudayaan.
________________________________________________________________________
KONSERT THE ERA BANGKIT NOSTAGIA LAGU POPULAR SEPANJANG ZAMAN
(30 Disember 2018 @ Ahad, Utusan Online)
KONSERTTHEERA.jpeg
Selama lebih dua jam bermula dari pukul 8.30 malam, penonton bagaikan terpukau dengan alunan muzik yang dimainkan dari era 50-an sehinggalah yang terkini. Ditambah pula dengan kesan istimewa apabila penyanyi dan pemuzik sering bertukar-tukar pakaian mengikut era muzik yang dimainkan, ia memberi satu sentuhan yang penuh nostalgia.
 
Ternyata program yang diberi nama Konsert The Era anjuran pelajar Tahun Dua Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) memiliki aura yang tersendiri.  Ujar pengurus acara, Ain Syuhada Ahmad Bohari, idea untuk mengadakan Konsert The Era tercetus sejak November lalu.
 
Turut hadir ke Konsert The Era, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah, Rektor ASWARA, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari dan Dekan Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, ASWARA, Mejar (PA) Ts. Zulkifli Ab. Rashid. Konsert The Era dihoskan oleh Aril Fazrie dan Ewan Fauzi selain menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Alvin Chong, Shafiqq Erwin, Twenty 2, Ayie Elham F88, Eric Fuzi F88, Azzam Sham, Idris, Akmal Ayub serta Alyssa Rosli.