HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN
Pada 14 Oktober 2017 (Sabtu), sambutan HARI SUKAN NEGARA 2017 telah berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia. HARI SUKAN NEGARA 2017 PERINGKAT KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN (KPK) telah diadakan bertempat di perkarangan dan kawasan sekitar bangunan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), Presint 5, Putrajaya bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha KPK. Semua agensi di bawah KPK telah mengambil bahagian dan  ASWARA selaku Jawatan Kuasa Kecil Hiburan telah membawakan persembahan “percussion” oleh pelajar Fakulti Muzik ASWARA bagi membangkitkan semangat untuk para peserta acara sukan. Antara acara sukan yang mendapat perhatian ialah “Senam Seni” dan “Larian Batik / Pelikat” yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setia Usaha (Kebudayaan), YBhg Dato’ Yean Yoke Heng, Timbalan Ketua Setia Usaha (Pengurusan) SUB-SUB, Ketua-Ketua Pengarah Agensi termasuklah YBhg Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari, Rektor ASWARA dan semua warga KPK dan juga staf -staf ASWARA  turut mengambil bahagian.