GEMA SENI TRADISIONAL: BUNGA AIR JOGET GAMELAN
18 November 2017, Sabtu – Pusat Seni Tradisional (PuTRA) , ASWARA telah mengadakan Malam Gema Seni Tradisional ‘Bunga Air Joget Gamelan’. Majlis penuh gilang gemilang itu telah dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Dk, Smp. Beberapa irama lagu yang dimainkan pada malam itu, adalah Gendang Sembilan, Timang Burung, Sri Rama Balik, Naratif, Lambang Sari, Togok, Nongga, Perang Manggung, Naratif, Gambuh Menyanyi, Topeng, Ayak Ayak dan Perang dengan kemerduan suara si penyanyi dan kelembutan si penari serta diringi pemuzik gamelan.