FORUM TRIBUT BUJANG LAPOK 60 TAHUN RAI KEGEMILANGAN FILEM MELAYU KLASIK
30 November 2017, Khamis – Sempena mengenang sumbangan, jasa dan pengorbanan para seniman, seniwati dan krew belakang tabir dalam pembikinan serta penerbitan filem siri Bujang Lapok suatu ketika dahulu, satu program khas iaitu Forum Tribut Bujang Lapok 60 Tahun telah diadakan bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA . Program anjuran Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik dengan kerjasama ASWARA dan Ampas Legend Network ini mengangkat dan mengiktiraf martabat filem Melayu Bujang Lapok yang telah berusia 60 tahun dalam industri perfileman tanah air. Forum tribut ini turut menampilkan barisan panel Dato’ Ahmad Fauzee, Dato’ M. Nor Khalid @ Lat dan En. Hassan Abd Muthalib manakala sesi imbas lagenda membawakan barisan seniman dan seniwati Jalan Ampas seperti Zaiton, Dayang Sofia, Sri Rahayu, Habibah Haron dan Zaini Satar. (sumber ihsan petikan daripada FINAS