Fakulti Teater memberi penekanan kepada dua program utama sejajar dengan keperluan industri yang menuntut kepelbagaian kemahiran. Pendekatan pembelajaran program dirangka dengan teliti bersama pakar rujuk, adiguru, ahli akdemik dan tokoh industri dalam melahirkan pelajar yang intelektual dan berkaliber. Program ini meliputi aspek kesenian tradisional, moden dan kontemporari yang berorentasikan pembelajaran secara praktikal seiring dengan penguasaan dan pengukuhan teori.
IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (LAKONAN)
MQA/ FA0147
Pengkhususan bidang ini menawarkan latihan berbentuk formal dan sistematik melalui pembelajaran berteraskan tradisional dan moden. Pendekatan merangkumi pembelajaran sistem kuliah, kerja studio, dan perlaksanaan projek dengan menitikberatkan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir. Program ini mempersiapkan pelajar dalam menguasai gaya dan teknik lakon klasik, moden dan eksperimen. Ianya turut melatih dan mengasuh bakat serta minat melalui pembinaan diri sebagai aktor pentas teater, television dan filem.
Modul Utama Pengajian:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (PENGARAHAN)
MQA/ FAO148
Pengkhususan bidang ini menyediakan kefahaman kepada pelajar berkenaan tugas dan peranan seorang pengarah dengan mendekati sistem dan kaedah pengarahan produksi teater. Pemantapan ilmu teori, kepimpinan organisasi dan pengurusan artistik sentiasa ditekankan bagi menyediakan pelajar untuk menerajui sesebuah produksi dan menerokai teknologi seni pentas dan gaya pengarahan pilihan.
Modul Utama Pengajian:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DIPLOMA TEATER
MQA/ FAO162
Program Diploma Teater mempersiapkan pelajar menerusi latihan secara formal dan sistematik dalam mengembangkan bakat dan kemahiran diri berteraskan perkembangan dunia teater moden Malaysia. Pendekatan pembelajaran menerusi sistem kuliah, kerja studio, dan produksi dengan menitikberatkan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir, profesional dan tokoh-tokoh industri. Program ini melayakkan pelajar menguasai ilmu teori dan praktikal dalam lakonan, pengurusan dan menajamkan kemahiran rekaan.
Modul Utama Pengajian:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Klik untuk memohon secara on-line sekarang
(Paparan terbaik melalui versi desktop)