Fakulti Tari menawarkan pengajian yang menyeluruh dalam penguasaan teknik-teknik tarian pelbagai genre dari Malaysia, Asia dan Barat. Di peringkat Diploma, fokus utama fakulti ini ialah untuk melahirkan penari professional yang berilmu dan berkaliber tinggi dengan pengetahuan yang mendalam tentang kesenian dan juga teknik tari tradisional dan kontemporari. Objektif fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang mampu menghasilkan karya kreatif serta mengendalikan bengkel dan kursus dalam bidang tari.

Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui kegiatan studio, kuliah dan produksi dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir seperti adi guru, penggiat dan tokoh-tokoh industri, ahli professional dan juga pensyarah, rujukan pembacaan, bengkel-bengkel tari dengan penggiat seni tanahair serta pelaksanaan projek. Pengisian kursus yang menyeluruh membekalkan kemahiran, pengalaman serta semangat perjuangan di dalam bidang seni tari di kalangan graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri tari Malaysia.


Diploma Tari

Fakulti Tari menawarkan pengajian yang menyeluruh dalam penguasaan teknik-teknik tarian dari pelbagai genre tarian Malaysia, Asia dan Barat. Di peringkat Diploma, fokus utama fakulti ini ialah untuk melahirkan penari professional yang berilmu dan berkaliber tinggi dengan pengetahuan yang mendalam tentang kesenian dan juga teknik tari tradisional dan kontemporari. Objektif fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang mampu menghasilkan karya kreatif serta mengendalikan bengkel dan kursus dalam bidang tari.

Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidang tari secara global melalui kegiatan studio, kuliah dan produksi dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir seperti adi guru, penggiat dan tokoh-tokoh industri, ahli professional dan juga pensyarah, rujukan pembacaan, bengkel-bengkel tari dengan penggiat seni tanahair serta pelaksanaan projek. Pengisian kursus yang menyeluruh membekalkan kemahiran, pengalaman serta semangat perjuangan di dalam bidang seni tari di kalangan graduan yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri tari Malaysia.

Ijazah Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian

Fakulti Tari menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam dua bidang iaitu Persembahan (Tradisional dan Kontemporari) dan Koreografi. Program yang menyeluruh ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang menguasai pelbagai teknik-teknik tari Malaysia, Asia dan Barat, secara amnya, dan mendapat pengkhususan dalam satu bidang tertentu. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan penari dan koreografer professional yang bertaraf antarabangsa dengan berilmu pengetahuan dari segi teori dan sejarah.

Fakulti Tari bertujuan melahirkan golongan karyawan tari dan koreografer yang berilmu dan professional. Program ini bermatlamat untuk menyumbang lebih ramai bilangan penggiat seni tari yang mampu menjadi pemimpin dan penggerak yang aktif dalam usaha membangunkan industri seni kreatif negara. Melalui program pengajian yang menitikberatkan teori dan falsafah pendidikan, Fakulti Tari melengkapkan graduan dengan ilmu dan kaedah untuk melaksanakan kajian agar mereka juga boleh menjadi pengamal, pendidik, pakar rujuk serta pusat rujukan etnologi tari.

Fakulti Tari menawarkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian seperti berikut:

i. IJAZAH SARJANA MUDA TARI DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN)

Modul ini bertujuan melatih dan mengasah kemahiran pelajar dalam semua aspek persembahan untuk menghasilkanpenari yang berkaliber tinggi. Kursus yang ditawarkan merangkumi persembahan tarian tradisional Melayu, Cina dan India serta bentuk dan teknik Ballet, Jazz, Tap dan Kontemporari. Tujuan kursus ini adalah untuk mengisi kekurangan penari yang berbakat dalam bidang dramatari mahupun teater muzikal di dalam industri seni persembahan di Malaysia.

ii. IJAZAH SARJANA MUDA TARI DENGAN KEPUJIAN (KOREOGRAFI)

Melalui modul ini, pelajar akan di ajar dengan kaedah dan ilmu yang diperlukan untuk mencungkil daya kreativiti masing-masing dengan pendedahan kepada gaya berkarya yang terkini. Kursus yang ditawarkan termasuk komposisi muzik untuk tari, rekaan cahaya, pengurusan pentas dan tari, dan multimedia. Bentuk dan gaya koreografi yang diperlukan untuk industri amat berbeza dari ‘Broadway’ ke dramatari, kontemporari atau komersial, oleh itu, pelajar akan dilengkapkan dengan semua kemahiran dan ilmu yang diperlukan industri melalui pengkhususan ini.

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)