Fakulti Rekaan Komunikasi Visual (visual Communication Design-VCD) merupakan sebuah fakulti yang menumpukan kepada  pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang menggabungkan ilmu seni halus, rekaan 3D, rekaan visual dan seni persembahan. Keunikan fakulti ini ianya menawarkan kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design hingga moving images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada program yang terdapat dalam fakulti ini berbanding dengan program-program yang lain.

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual juga menyediakan peluang pembelajaran dan pengajian peringkat tinggi yang sistematik, formal dan berkualiti dalam bidang seni reka untuk bidang persembahan. Bidang ini akan menyokong kepada perkembangan bakat pelajar dalam menghasilkan rekaan 2D dan 3D.  Graduan berkenaan akhirnya berkemampuan dan berkelayakan secara langsung dalam menghasilkan kerja-kerja perekaan seni  persembahan.  Fakulti Rekaan Komunikasi Visual menawarkan tiga (3) program pengajian iaitu:


IJAZAH SARJANA MUDA SENI REKA PERSEMBAHAN DENGAN KEPUJIAN (MQA/PA 9758)

Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh ASWARA merupakan sebuah program yang dibentuk untuk memberi pengetahuan secara menyeluruh dan kemahiran yang praktikal berhubung dengan peranan, tugas, dan tanggungjawab seorang pereka di dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama ada organisasi swasta atau kerajaan, di dalam bidang seni kreatif. Subjek-subjek yang ditawarkan telah menggariskan beberapa pendekatan yang sesuai untuk diaplikasi oleh semua Pensyarah dan staf akademik bagi menerapkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan pelajar. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni visual berbentuk teori,vokasional dan kemahiran dengan sokongan dan latihan daripada pensyarah dan guru yang bertauliah serta berpengalaman dalam bidang seni komunikasi, Rekaan 2D, Rekaan 3D dan Sinografi.

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL (MQA/FA 5167)

Progran Diploma Rekaan Komunikasi merupakan program yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang menggabungkan ilmu fine arts, 3D design  dan performing arts. Keunikan kursus ini ialah menawarkan kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran static design hingga kepada moving images design. Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada kursus ini berbanding dengan kursus rekaan komunikasi visual yang lain.

Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang painting, drawing dan photography. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat menguasai bidang senireka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banner, bunting, brochures, pamphlet, corporate image dan lain-lain.

Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada moving images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem dan animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui rekaan bentuk (texture), warna (color), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi membolehkan pelajar membuat rekaan set dan prop, kostum, mekap, multimedia, pencahayaan dan bunyi.

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti ADOBE dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang kepada pelajar melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran tinggi.

DIPLOMA SENI HALUS (MQA/FA 0194)

Program Diploma Seni Halus bermatlamat melahirkan karyawan, seniman, pelukis, pengarca, penghayat seni yang berilmu, kreatif, beradab dan profesional melalui satu program pendidikan formal Seni Halus yang bersifat holistik berteraskan kesenian dan warisan negara. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni berbentuk vokasional dan kemahiran dengan sokongan latihan dari adiguru-adiguru Negara, berteraskan warisan dan budaya Negara dalam tiga cabang seni halus yang utama iaitu catan, cetakan dan arca.

SENI CATAN

Pelajar akan didedahkan kepada unsur dan prinsip seni catan di samping menguasai teknik-teknik dan menggunakan bahan-bahan catan dengan kreatif.

SENI CETAKAN

Pelajar akan didedahkan melalui pemikiran dan pemahaman bahasa seni tampak selain memahami kaedah medium, teknik-teknik seni cetak konvensional dan pengendalian bahan cetakan secara kreatif seterusnya mampu berkarya dengan menerapkan unsur-unsur tempatan.

SENI ARCA

Pemahaman seni arca berlandaskan warisan, pelajar akan didedahkan dengan cara pengolahan, pemilihan bahan dan kesesuaiannya dengan gaya dan maksud serta seterusnya mampu menghadirkan arca sezaman bercirikan tradisional yang baik.

Graduan yang lahir dari Fakulti Rekaan Komunikasi Visual khususnya dari Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan Kepujian, Diploma Rekaan Komunikasi Visual dan Diploma Seni Halus mempunyai potensi yang tinggi untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri kreatif khususnya seni komunikasi visual dan seni persembahan sama ada sebagai:

  • Pelukis (Arstist)
  • Pereka Grafik (Graphic Designer)
  • Pengarah Artistik (Artistic Director)
  • Pengarah Teknikal(Technical Director)
  • Pengarah Seni Visual(Art Visualizer)
  • Pereka Produksi (Production Designer)
  • Pengarah Seni (Art Director)
  • Pereka Set (Set Designer)
  • Pereka Prop (Prop Designer)
  • Pereka Cahaya (Lighting Designer)
  • Pereka Kostum (Costume Designer)
  • Pereka Solekan (Make-up Designer)
  • Pereka Multimedia (Multimedia Designer)
  • Jurufoto (Photographer)
  • Pelukis papan cerita (Storyboard Artist)
  • Pereka tatacahaya (Lighting Designer)

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)