Fakulti Penulisan Kreatif bermatlamat memberikan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik yang lebih bersistematik pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Melalui kurikulum yang terancang, para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan oleh para pensyarah yang mahir, berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

TUMPUAN DISIPLIN PENGAJIAN FAKULTI PENULISAN KREATIF :

  • Penulisan dramatik (drama pentas, drama televisyen dan filem cereka)
  • Penulisan naratif (cerpen dan novel)
  • Penulisan bukan kreatif

ORIENTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah /karya)
  • Ilmu-ilmu teori dan falsafah
  • Sejarah psikologi
  • Sosiologi
  • Apresiasi dan kritikan dalam penulisan.

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN KREATIF)

MQA/FA 0142

  • Menawarkan kursus penulisan kreatif dalam pelbagai genre, termasuk kursus-kursus penulisan cereka, puisi, drama pentas dan penulisan bukan kreatif seperti kritikan.
  • Selain perlu mengambil semua kursus wajib fakulti dan kursus modul pengkhususan mahasiswa pada tahap pengajian ini juga harus mengambil kursus Teras Akademik dan sejumlah unit kredit melalui kursus-kursus elektif dari fakulti lain/fakulti sendiri .

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (PENULISAN FILEM DAN TELEVISYEN)

MQA/FA 0143

  • Menawarkan kursus-kursus penulisan filem dan televisyen dalam pelbagai bentuk termasuk skrip drama  televisyen, skrip dokumentari, lakon  layar filem cereka, skrip iklan dan kursus    penulisan  bukan kreatif seperti seminar  lakon layar dan kritikan filem.
  • Selain perlu mengambil semua kursus wajib fakulti dan kursus modul pengkhususan, mahasiswa pada tahap pengajian ini juga harus mengambil kursus Teras Akademik  dan sejumlah unit kredit melalui  kursus-kursus elektif dari fakulti lain/fakulti sendiri.

DIPLOMA PENULISAN KREATIF

MQA/FA 0165

  • Menawarkan kursus-kursus penulisan kreatif pelbagai genre termasuk juga penulisan untuk filem/televisyen dan penulisan bukan-kreatif selain harus melengkapi semua kursus wajib fakulti.
  • Pelajar pada tahap pengajian ini juga perlu mengambil kursus-kursus  Teras Akademik dan sejumlah unit kredit kursus-kursus elektif dari fakulti lain.

BIDANG KERJAYA.

Siswazah Fakulti Penulisan Kreatif antara lainnya boleh menjadikan bidang-bidang berikut sebagai kerjaya sepenuh masa:

  • Penulis (novel/cerpen/puisi lakon layer drama tv/filem cereka, skrip video dokumentari, video korporat/drama radio/pentas: rencana/esei/kritikan)
  • Penulis lirik
  • Wartawan
  • Editor
  • Pembimbing/ penceramah/guru
  • Penerbit buku/majalah
  • Penulis iklan
  • Pensyarah di IPT
  • Pegawai Kebudayaan

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)