Pengarang : Ramlan Mohd Imam

ISBN : 978-983-2538-22-6

Tahun Terbit : 2013

Halaman : 130

Harga : RM 27.00

Antologi ini adalah pengenalan semula kepada lagu-lagu rakyat dan tradisional Melayu yang semkin lenyap ditelan zaman. Ciptaan dan gubahan muzik yang terkandung didalam naskhah ini menggamit memori dan membawa kembali zaman kegemilangan dan kecemerlangan lagu-lagu Melayu. Bagi mereka yang pertama kali mendengar lagu-lagu dari antologi ini akan merasa kekuatan dan keunikan muzik Melayu. Irama dan lagunya mudah, harmonis dan sesuai untuk semua peringkat umur. Antologi ini ini dibahagikan kepada instrumental solo piano, duet, kuartet dan lagu seni (seriosa). Amat sesuai bagi golongan amatur, separa profesional dan pelajar-pelajar dari jurusan muzik dan seni persembahan. Antologi ini boleh dijadikan sebagai salah satu daripada sumber rujukan kajian dan perbandingan muzik Melayu di masa akan datang.

Kembali