2019 merupakan tahun yang ke 25 institusi ini menawarkan kajian dalam Seni tradisional dan kontemperori. Akademi Seni Kebangsaan (ASK) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai istitusi latihan yang kecil sebelum bertukar nama kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2006. Hari ini, ASWARA menawarkan diploma, ijazah, dan pasca siswazah dalam pelbagai bidang dan kini menjadi sebagai pusat untuk pengajian dan Latihan seni tari, teater, filem, muzik, pengurusan seni, penulisan seni, animasi, dan seni persembahan tradisional. Setelah 25 tahun, tiba masanya untuk institusi ini berhenti, dan melihat semula kepada keadaan semasa untuk menentukan arah dan masa depan yang perlu diambil ASWARA supaya kekal menjadi sebuah intitusi pembelajaran, pengajian, dan penghasilan karya seni yang jitu dan relevan. Oleh itu, Rektor telah meminta supaya kajian analisis SWOT Bersama rangka strategi diadakan untuk mengenalpasti kelemahan sepanjang proses ini dijalankan. Kajian SWOT telah selesai diadakan pada Desember 2019, dan pada Januari 2020 sebuah jawatankuasa rangka strategi telah ditubuhkan untuk membantu melihat dan membimbing ASWARA untuk jangka masa 25 tahun yang akan datang. Berikut adalah laporan rangka strategik dan analisis SWOT.
Prof. Emeritus Ches Skinner

Ahli Jawatankuasa Pelan Strategik:
Prof. Ches Skinner (Pengerusi), Fasyali Saipul Bahri, Mohd Nur Faillul Adam, Richard Lau Chee Tat, Tan Lea Fung, Mohd Zahir Mohd Zain, Mohd Bakir Baharom, Mohd Nadzrin Saaban, Kamarul Baisah, Reza Zainal Abidin & Muhammed Rasfan Haji Abu Bakar.


Kenyataan Misi

ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menumpukan kepada pengajaran,penyelidikan dan pengajian seni tradisional dan kontemporari Malaysia menerusi penerapan secara imaginatif, kreatif, dan pemikir-pemikir kritis yang mampu menyumbang dan melestarikan industri kreatif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kenyataan Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan seni, budaya dan warisan kebangsaan Malaysia dan dikenali di peringkat serantau dan antarabangsa.

Nilai-Nilai Teras ASWARA

Dalam memenuhi misi dan visi, pentadbiran ASWARA, pensyarah, staf, dan pelajar komited
terhadap nilai-nilai teras berikut :-
Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan penghasilan seni.
Integriti dalam menjalankan tugas, kedua-dua pengajaran, dan bukan pengajaran, dengan cara yang adil, jujur, benar dan beretika.
Menghormati antara satu sama lain dan layanan dengan keterbukaan, profesionalisme, kesopanan, dan mesra dalam segala usaha.
Inovasi dengan mempromosikan dan mempertahankan pemerolehan serta pengembangan kreativiti dan inovasi individu dalam persekitaran terbuka dan selamat.
Setia kepada Tuhan, Raja dan negara.
Komitmen untuk belajar mendapatkan ilmu dan kemahiran baharu.
Kepelbagaian dalam semua aspek masyarakat termasuk orang, idea, pengetahuan, dan kesenian.
Bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama sambil menilai kerja berpasukan, penyertaan, dan menghormati pelbagai idea dan pendapat.
Bertanggungjawab untuk program akademik, pelajar, dan sumber yang diamanahkan kepada ASWARA.

 


Pelan Strategik ASWARA  2020

Matlamat Strategik #1

Mempunyai ruang kerjaya yang telus untuk perlantikan dan kenaikan pangkat pensyarah bersama polisi untuk menyokong kajian dan aktiviti kreatif.

a. Mewujudkan arah keprofessoran dengan garis panduan untuk kenaikan pangkat yang lebih jelas.
b. Perlantikan dan kenaikkan pangkat akan lebih telus dengan adanya system komiti.
c. Memastikan semua calon memiliki ijazah pasca siswazah didalam bidang berkaitan daripada universiti yang telah diiktiraf.
d. Mewujudkan kriteria pengajaran dan penilaian aktiviti kajian/kreatif.
e. Kajian dan aktiviti kreatif akan menjadi keutamaan kepada tugas pensyarah diiringi oleh garis panduan yang telah diluluskan mengikut bentuk kerja yang bersesuaian.

Matlamat Strategik #2

Melancarkan sebuah kempen rangkaian pengambilan secara meluas untuk menarik minat pelajar, pensyarah yang terbaik, dan menceritakan tentang ASWARA.
a. Menyebarkan berita berkenaan ASWARA di dalam negara, mahupun luar negara.
b. Mensasarkan untuk menarik pelajar yang terbaik di dalam Malaysia.
c. Mengelola sistem uji bakat untuk kemasukkan untuk setiap bahagian.
d. Memastikan pelajar ASWARA layak untuk mendapat bantuan PTPTN.
e. Memperbaharui sistem laman web ASWARA dengan video yang berkualiti, yang mengetengahkan hasil kerja yang berkualiti. Video ini haruslah menunjukkan bahawa ASWARA adalah sebuah institusi yang berdedikasi dalam pengajaran, pengajian, dan mengasilkan karya seni.

Matlamat Strategik #3

Mewujudkan dan mengekalkan ASWARA sebagai institusi akademik yang komited terhadap kecemerlangan dalam pengajaran dan kajian/aktiviti kreatif.

a. Pengambilan dan pelantikan secara telus pensyarah yang mempunyai ijazah sarjana daripada universiti yang mempunyai reputasi tinggi.
b. Menyasarkan untuk menjadi pusat kecemerlangan untuk kajian dan pembelajaran seni tradisioanal dan kontemporari.
c. Mengekalkan hubungan rapat bersama penggiat industry seni kreatif. Hubungan ini haruslah menjadi sebahagian daripada pelan sedia ada yang jelas untuk membenarkan lawatan secara berterusan penggiat industri ke ASWARA.
d. Mandat, melalui kriteria KPI, kolaborasi diantara unit/bahagian, pelajar dan pensyarah ASWARA. Ini secara tidak langsung melibatkan institusi tempatan dan antarabangsa.

Matlamat Strategik #4

Membaiki dan mengubahsuai infrastruktur fizikal untuk memenuhi permintaan daripada pelbagai disiplin.

a. Ruang studio yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran / pengajaran dan latihan
b. Memastikan ASWARA sentiasa peka dengan perkembangan teknologi digital terkini bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran di dalam talian.
c. Ruang pembelajaran yang dilengkapi dengan peralatan digital bersama juruteknik.
d. Pihak ASWARA harus berusaha mewujudkan kemudahan / fasiliti yang mesra orang kelainan upaya.
e. Menaiktaraf ruang pembelajaran yang dilengkapi dengan peralatan yang relevan dengan standard dan keperluan industri kreatif
f. Mengoptimumkan penggunaan kawasan sedia ada yang tidak digunakan untuk aktiviti/program bagi menjana pendapatan.

Matlamat Strategik #5

Halatuju utama ASWARA adalah untuk menyampaikan pembelajaran yang mampan kepada para pelajar secara akademik dan artistik yang melibatkan ahli akademik.
a. Menggalakkan pelajar untuk terlibat didalam pembentukkan polisi institusi.
b. Mempromosikan fakulti dan interaksi pelajar dalam melakukan aktiviti-aktiviti ASWARA.
c. Menyediakan peluang untuk perhubungan secara dalam negara, nasional dan global.
d. Memperkasakan pelajar untuk mencapai keinginan akademik dan profesional mereka dalam kepelbagaian persekitaran yang mesra.
e. Lulusan ASWARA mesti berpendidikan yang lengkap untuk membuat keputusan mengenai kerjaya dan melanjutkan pelajaran di institusi tempatan atau antarabangsa.
f. Mewujudkan pusat kerjaya untuk membantu pelajar mencari pekerjaan.
g. Galakkan pelajar untuk bekerjasama dan menerapkan kemahiran dan disiplin untuk menghasilkan karya seni yang berjaya.
h. Pendidikan ASWARA harus melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan keyakinan untuk melanjutkan seni di pelbagai peringkat serta di mana-mana sahaja.