Profesor Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia.

Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung yang melayari portal rasmi ASWARA.

Untuk makluman semua, dalam usaha menghasilkan penggiat seni, seniman dan karyawan yang berwibawa, ASWARA juga terlibat secara langsung memainkan peranan dan menyokong Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN 2021) ke arah melaksanakan agenda dan rancangan pembangunan budaya agar pengamalan budaya nilai tinggi dapat diterapkan secara menyeluruh di semua peringkat bagi menjamin pembentukan negara bangsa yang maju.

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), ASWARA tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik ke arah inovasi pendigitalan dan mengantarabangsakan jenama ASWARA. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan matlamat Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN 2021) yang memfokuskan bidang seni, budaya dan warisan dalam konteks media dan penciptaan.

Oleh itu, besarlah harapan saya agar seluruh warga ASWARA samada diperingkat pentadbiran, akademik mahupun para pelajar dapat bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Akhir kata, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah melayari portal rasmi ASWARA ini. Saya berharap semua pengunjung dapat menjadikan portal ini sebagai salah satu rujukan dan pencarian maklumat yang berguna dalam konteks pendidikan, pembangunan dan pengembangan seni, budaya dan warisan. Saya juga mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen dan pandangan berkaitan portal rasmi ASWARA sebagai peneraju institusi pengajian tinggi yang memfokuskan bidang seni, budaya dan warisan negara.

“ASWARA, Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi”.

Sekian, terima kasih.