Unit Kaunseling

Unit Kaunseling dan Kerjaya di ASWARA yang tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Etika Kaunseling (Lembaga Kaunselor Malaysia) telah memberikan perkhidmatan kepada pelajar ASWARA bermula pada 1 April 2011 sehingga kini. Penubuhan Unit Kaunseling dan Kerjaya telah diaktifkan bagi mengisi keperluan ASWARA sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan berbentuk pemusatan pelajar bagi membantu pelajar membangunakan perkembangan diri, akademik, kerjaya, peribadi dan mengalakkan keseimbangan dalam kesihatan mental pelajar Bermula April 2013, Unit Kaunseling dan Kerjaya telah diperluaskan lagi peranannya dengan menyediakan perkhidmatan bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik dan memberikan nasihat berkaitan dengan kewangan pelajar, antaranya ialah.

  1. Memberikan bimbingan dan motivasi kepada pelajar berprestasi rendah dimana PNG akademik setiap semester dibawah 2.00.
  2. Memberikan khidmat nasihat kewangan terutamanya kepada pelajar yang membuat Pinjaman Pelajaran ASWARA.
  3. Membantu Pelajar menjadualkan semula pembayaran secara ansuran dengan lebih teratur supaa bebas dari tekanan akibat beban kewangan.
  4. Membantu pelajar yang layak untuk mendapatkan peruntukan Dermasiswa ASWARA.

Pada Tahun 2013, jumlah pelajar yang mendapatkan bimbingan dan kaunseling mencatatkan peringkatan dengan jumlah 25 pelajar berbanding 11 orang pelajar pada tahun 2011, dan 12 orang pada tahun 2012. Sesi kaunseling yang dijalankan sepanjang tahun 2013 berjumlah 31 sesi iaitu setiap sesi diadakan untuk kaunseling kelompok yang dihadiri oleh tiga orang pelajar dari Fakulti Animasi dan Multimedia manakalah selebihnya adalah untuk sesi kaunseling individu. Terdapat pelajar yang hadir bagi lebih dari satu sesi untuk kes permasalahan yang berlainan.