PEMENTASAN LUAR PANGGUNG

Harian Metro : 8 Jun 2018, Jumaat

Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mencipta kelainan dengan mengadakan pementasan teater di luar panggung iaitu di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Jun ini, jam 8.30 malam.
Teater berjudul Dusta Pada Skala 1 hingga 10 adalah karya Dudok atau Yusoff Bakar yang juga Pegawai Kebudayaan di Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

SUKA TIGA DALAM SATU

Harian Metro : 11 Jun 2018, Isnin

Bermula sebagai penari, dua bakat muda, Nasurah Hanoom Hanafi Imam atau Naszsally dan Nurhafizah Long Kip @ Thomas (Fiza) memasang impian untuk pergi jauh dalam industri seni tempatan.
Fiza pula bukan baru dalam industri seni kerana sebelum itu bakatnya terlebih dulu dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Bagaimanapun, dalam program itu dia menggunakan nama AFI.
“Sebelum menyertai AF lagi saya belajar di ASWARA dan mengambil bidang tarian. Sepanjang tempoh pengajian saya sudah banyak terbabit dengan beberapa pementasan teater muzikal dan dari situ cinta saya terhadap seni kian mendalam,” katanya.
 

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : https://www.hmetro.com.my/rap/2018/06/348149/suka-tiga-dalam-satu)​

___________________________________________________________________________________________________________________________________

SENARIO BARU AYIE, ISMAIL

Sejak bergelar selebriti, masing-masing sedia peruntukan duit raya

Harian Metro : 19 Jun 2018, Selasa
Bergelar penyanyi popular pastinya mengubah senario sambutan Aidilfitri buat dua anak muda diminati ramai ini. Ayie Elham, 21, dan Ismail Izzani, 19 mengakui mengasingkan sebahagian bajet duit raya untuk diberikan kepada anggota keluarga yang lebih muda dan kanak-kanak datang beraya.
...
Kata pelajar jurusan teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)​ itu,rumah ibu bapanya terletak di bandar Tawau dan kampung neneknya di Marotai.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

BAWA ISU SOSIAL REMAJA

Harian Metro : 22 Jun 2018, Jumaat
Tentu ramai yang meminati lagu Zalikha nyanyian Ayie bersama kumpulan Floor 88.
Terbaru, peminat boleh menonton lakonan Ayie menerusi teater muzikal berjudul The Venom Musicals di Black Box, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) oada 28 hingga 30 Jun bermula jam 8.30 malam.
Pementasan membabitkan pelajar tahun dua, Fakulti Teater ASWARA ini dibimbing Amri Zane yang juga bekas tenaga pengajar koir kebangsaan.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

TUJUH TAHUN MAIN CAKLEMPONG

Anas mahu pertahankan seni muzik tradisional

Sinar Harian : 30 Jun 2018, Sabtu
Mungkin tidak ramai anak muda generasi hari ini yang berminat untuk mempelajari alatan muzik tradisional, apatah lagi untuk menguasai sekali gus menjadikan ia sebagai kerjaya profesional.
Namun berbeza buat Muhamad Anas Syafuan, 25 apabila menaruh minat yang tinggi untuk terus memelihara dan memperjuangkan seni muzik tradisional agak tidak lapuk dek zaman.
Pendedahan yang diterima sepanjang bergelar penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bermula tahun 2011 hingga 2016 dengan pengkhususan dalam bidang muzik tradisional, ternyata telah menguatkan lagi keinginan Anas untuk mendalami ilmu dalam seni muzik tradisional.
___________________________________________________________________________________________________________________________________

BELUM ADA DRAMA BAHARU

Berita Harian : 30 Jun 2018, Sabtu
Buat waktu ini Amyra akui belum memilih sebarang naskhah baharu untuk dibintangi. Apatah lagi ketika ini beliau sibuk menjayakan penggambaran iklan.
Selepas menamatkan penggambaran drama Nur, saya sibuk menjayakan beberapa majlis yang memerlukan saya hadir selaku duta, seperti kempen Terima Kasih TV3. Kini, apabila komitmen dengan kempen berkenaan sudah habis, saya sibuk pula menjayakan iklan komersial.
Gradual Diploma Seni Teater dari Pusat Pendidikan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini percaya, semuanya berbalik pada usaha yang ikhlas. Beliau menegaskan dirinya tidak menerima sesuatu tawaran berdasarkan kebarangkalian untuk tular.