Pusat Pengajian PascaSiswazah (Kursi P. Ramlee)

ASWARA terus mengorak langkah kehadapan dalam menjalankan fungsinya sebagai lnstitut Pengajian Tinggi yang telah berjaya melahirkan ramai graduan lndustri Kreatif sebagai mendukung aspirasi negara Malaysia melalui dasar sedia ada.

Penubuhan Kursi P. Ramlee, Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik ASWARA telah menawarkan program-program di peringkat Pengajian Pascasiswazah yang mana pengambilan kumpulan pelajar pertama bermula pada September 2013.

Pusat ini menawarkan program ljazah Sarjana Seni Kreatif dan ljazah Kedoktoran Seni Kreatif di dalam bidang seni kreatif merangkumi pelbagai bidang seperti seni halus,penulisan kreatif,teater,perfileman,tari,muzik,animasi dan pentadbiran kesenian

Program yang ditawarkan di Kursi P. Ramlee, Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik adalah seperti berikut:

  • ljazah Kedoktoran Seni Kreatif secara Penyelidikan MQA/FA 4625 (Berasaskan Amali/Makmal Dan Karya Kreatif/Produksi)

Komponen kurikulum pengajian perlu disempurnakan dalam tempoh tiga

(3) tahun pengajian (6 semester) atau tidak melebihi empat (4) tahun pengajian (8 semester)

 

  • ljazah Sarjana Seni Kreatif secara Mod Campuran MQA/FA 4624 (Kerja Kursus & Penyelidikan )

Komponen kurikulum pengajian perlu disempurnakan dalam tempoh dua

  • tahun pengajian (4 semester) atau tidak melebihi tiga (3) tahun pengajian (6 semester)

 

Kedua-dua tahap pengajian ini mengaplikasikan Rekabentuk Penyelidikan Berasaskan Seni atau “Arts Based Research” dalam struktur program pengajian yang ditawarkan. Pusat ini yakin pendekatan dan struktur pengajian yang unik melalui Penyelidikan Berasaskan Seni akan menjadi pilihan utama kepada ahli akademik dan penggiat seni yang bercadang untuk melanjutkan pengajian di tahap sarjana dan kedoktoran. Pihak Pusat Pengajian Pascasiswazah ASWARA berharap dengan adanya Rekabentuk Penyelidikan Berasaskan Seni dapat membantu bersama-sama mengangkat bidang penyelidikan kesenian melalui paradigma yang betul dan bersesuaian dengan disiplin ilmu kesenian sebagai

 

bidang ilmu pengetahuan. Pusat Pengajian Pascasiswazah ASWARA yakin dan berharap bidang kesenian akan lebih dinamik dan dapat membina “Body of Knowledge”yang cemerlang di masa hadapan melalui penyelidikan.

Semester pengajian dilaksanakan secara intensif merangkumi ceramah, bengkel kerja, sesi kritik, seminar, persembahan dan pameran. Sepanjang pengajian, pelajar akan dipandu oleh penyelia yang mahir dan professional dalam bidang kajian agar pelajar dapat merealisasikan projek seni dan penyelidikan pelajar dengan sokongan pusat dan penasihat yang dipilih.

Klik Untuk Memohon Program Pengajian Pascasiswazah 

Kemaskini: 1 September 2023, 0945