LEGENDS FROM THE EAST
Sabahan and Sarawakian dances take the spotlight in Aswara’s Tapestry series.
(1 September 2018 @ Saturday, Star2)
tandak mengalai.jpg
The Faculty of Dance of Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) is no stranger when it comes to shining the spotlight on Malaysian tradisional dances. Under its Tapestry series, the faculty has put up successful productions such as last year’s Main Zapin or 2015’s dance-drama Hang Li Po.
 
Next weekend, the tapestry series returns with Tandak Mengalai, a double-bill dance-drama based on two legends from Sabah and Sarawak. The 90-minute performance will present traditional East Malaysian dances from the many ethnic communities there, including from the Murut, Kadazan, Bajau, Rungus, Iban, Bidayuh, Melanau and Orang Ulu to name a few.
 
____________________________________________________________________________
 
JURUS HIBURAN, ONE TWO JAGA NAM RON
(1 September 2018 @ Sabtu, Kosmo)
namron1.jpgnamron2.jpg
Nam Ron berusia 49 tahun, berbaki setahun lagi sebelum menjengah ke angka 50. Ironi, untuk lelaki dengan sungai keseniman yang mengalir panas pada urat darahnya itu, angka tersebut hanyalah suatu indikator terhadap keghairahan cintanya selama ini.
 
“Sebenarnya, arus perdana yang sedut saya masuk tanpa ia dijadikan satu motif. Ia datang secara alami tanpa saya ada tekanan untuk masuk ke arus ini. Mungkin penerimaan orang terhadap kerja saya semakin terbuka, ” cerita Nam Ron yang bermula sebagai menyertai beberapa kumpulan teater di Perlis sebelum menyambung pengajian di ASK kini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA).
____________________________________________________________________________


GETTING SCHOOLED ON THE ARTS
In The clamour to attain high industrialisation levels, it’s easy to forget about the importance of arts education in nation -building
(2 September 2018,@ Sunday, Sunday Star)
joseph gonzales.jpg
The right kind of art education can do wonders for nation-building, says Dr Joseph Gonzales, Head of Academic and Contextual Studies at The Hong Kong Academy for Performing Arts. “We have seen what arts education can do. It is not just abaut learning to be an excellent dancer, singer, musician and so on.”
 
It’s also about learning about the different cultures of Malaysia, adds Dr Gonzales, who was Dean of the Faculty of Dance  at ASWARA (National Academy of Arts, Culture and Heritage) in Malaysia from 1999 to 2015. ” I was in Aswara for 20 years and played a role in developing a curriculum focussing on traditional theatre and dance. It was shocking how little most of us knew at the beginning. Coming from Western arts background, I had been missing out on beautiful theatre forms practised in Malaysian.
____________________________________________________________________________


ASWARA CATAT KEMASUKAN TERTINGGI SEJAK 24 TAHUN
(3 September 2018 @  Isnin, Utusan Online)
pndaftaran pelajar.jpeg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)  mencatatkan rekod pendaftaran pelajar paling tinggi sejak 24 tahun dengan jumlah 478 pelajar bagi sesi kemasukan akademik 2018/2019. Rektornya,  Prof. Datuk Dr. Mohd. Rizon Juhari berkata, jumlah pelajar yang mendaftar bagi sesi kemasukan kali ini meningkat kepada 478 orang berbanding 431 pelajar pada sesi lalu.
 
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan selepasa pendaftaran pada 2 September 2018, ini merupakan kemasukan yang tertinggi sejak 24 tahun penubuhan ASWARA dan institusi ini terus menjadi pilihan utama bagi melanjutkan pengajian dalam bidang seni persembahan dan kreatif.
 
“Kemajuan teknologi juga perlu disuntik dengan lebih agresif dalam seni persembahan supaya Malaysia tidak ketinggalan dengan negara-negara maju yang lain, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. ASWARA telah beroperasi selama 24 tahun sejak 1994 yang bermula dengan nama Akademik Seni Kebangsaan (ASK).
____________________________________________________________________________  
ETHNICITY IN MOTION
Aswara’s latest dance drama Tandak Mengalai is a showcase of the dances of the indigenous peoples of Sabah and Sarawak.
(3 September 2018 @ Sunday, The Sun ON MONDAY)
Picture10.jpg
THE DANCE faculty of ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) is presenting a special dance drama that highlights the unique traditional dances of the native communities in Sabah and Sarawak at its Experimental Theatre this Friday to Sunday.
 
Tandak Mengalai will feature 35 dancers and 10 musicians in a 90 minute performance that centres on two folktales- Sarawak’s famous legend of Puteri Santubong and Puteri Sejinjang, and the legend of Huminodum,  which originated from Kadazandusun ethnic group in Sabah.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  http://www.thesundaily.my/news/2018/09/03/ethnicity-motion)
____________________________________________________________________________  
 
BAKAT LUAR BIASA MUHAMAD ARIF BERMAIN GITAR
(3 September 2018 @ Isnin, Kosmo)
arif muzik.jpg
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itu pepatah paling tepat boleh ditujukan kepada Muhamad Arif Mohd. Zulkifly, 21, yang juga anak kepada pemain gitar kumpulan Rock XPDC, Izo. Namun, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu menegaskan, populariti yang pernah dikecapi bapanya bukan laluan mudah untuk dia mencipta nama dalam bidang muzik.
 
Menurut penuntut Diploma Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu, gitar tidak pernah lekang daripada hidupnya sejak berusia tujuh tahun sehinggalah kini. Bakat luar biasa yang dimiliki membolehkan anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu membuat persembahan bersama artis-artis ternama seperti kumpulan rock, Search, Wings, Lefthanded, Datuk Jamal Abdillah, Ezad Exist, Sufy Rashid, Jaclyn Victor dan Datuk M.Nasir.
____________________________________________________________________________  
 
ASWARA : MUTIARA SENI DI TENGAH IBU KOTA
(4 September 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
Picture4.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bermula dengan nama Akademi Seni Kebangsaan pada 1994 dengan menawarkan kursus akademik dalam pelbagai bidang seni dari peringkat asasi, diploma hinggalah ke doktor falsafah. Sejak penubuhannya, ASWARA menarik minat pelajar pelbagai kaum utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka bukan sahaja datang dari sekolah-sekolah aliran perdana, sebaliknya juga dari sekolah-sekolah vernakular.
 
Di ASWARA, kami membentuk pelajar yang berilmu seni, budaya dan warisan. Mereka didedahkan kepada pelbagai seni, budaya dan warisan melalui bimbingan adiguru dan pensyarah berkaliber sebagai ahli akademik atau yang mewakili industri. Mereka juga dibimbing untuk meneroka perkembangan seni baharu yang lebih bersifat sejagat. Tidak cukup dengan itu, para pelajar juga dihantar mengikuti latihan industri, untuk mengalami ekosistem sebenar.
 
ASWARA adalah institusi yang turut menggerakkan industri kreatif dan kandungan kreatif secara terancang, sistematik dan bermatlamat. Graduan lepasan ASWARA merupakan bakat yang sangat tinggi nilainya bagi MALAYSIA. 
____________________________________________________________________________  
MUZIK TINGKAT KUALITI HIDUP PESAKIT
(4 September 2018 @ Selasa, Kosmo)
shamsul kamal.jpg
Muzik merupakan satu kaedah pendekatan sistematik yang dapat membantu pesakit meningkatkan kualiti kehidupan mereka dalam pelbagai aspek seperti fungsi kognitif, kemahiran motor, emosi serta perlakuan termasuk kemahiran sosial.
 
Pensyarah Fakulti Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Shamsul Kamal Abd.Rahman berkata, kajian-kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa muzik mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu seseorang terutamanya pesakit untuk mengalami perasaan positif hasil penggunaannya. 
 
” Muzik mempunyai elemen terapeutik dan boleh mencetuskan kepelbagaian perasaan oleh individu yang mendengarnya bergantung pada jenis muzik itu sendiri.
____________________________________________________________________________  

PENGISIAN BULAN KEMERDEKAAN 
Tanah Akhirku realisasi perjuangan
(4 September 2018 @ Selasa, Sinar Harian)
tanah akhirku.jpg
Bukan mudah untuk tampil dengan sebuah pementasan yang berbeza genre untuk khalayak penonton di pentas besar Panggung Sari Istana Budaya. Apatah lagi naskhah yang ditampilkan bukan dari sesuatu yang bersifat komersial yang mampu mempertaruhkan elemen-elemen kekaguman sebagai tarikan utama buat penonton.
 
Lebih menarik, teater terbitan Gold Ray dan ASWARA dengan kerjasama Istana Budaya ini menampilkan gandingan antara penggiat seni teater sebenar dengan pelakon komersial yang berhasil memberikan impak kepada pementasan ini.
____________________________________________________________________________  
WOW ! ASWARA CATAT KEMASUKAN PELAJAR TERTINGGI SEJAK 24 TAHUN
(4 September 2018 @ Selasa, Kampus Uols)
kampus.jpg
 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini menerima pendaftaran pelajar sebanyak 478 orang pelajar bagi sesi kemasukan akademik 2018/2019 yang bertempat di Dewan Orkestra ASWARA di Kuala Lumpur.
 
Profesor Dato’ Ts. Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari, Rektor ASWARA berkata jumlah pelajar yang mendaftar bagi sesi kemasukan kali ini meningkat berbanding sesi lepas dengan seramai 478 orang pelajar mendaftar masuk berbanding 431 orang pelajar pada sesi yang lalu. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan selepas pendaftaran pada 2 September 2018, ini merupakan kemasukan yang tertinggi sejak 24 tahun penubuhan ASWARA dan institusi ini terus menjadi pilihan utama bagi melanjutkan pengajian dalam bidang seni persembahan dan kreatif.
 
Kesemua 28 program akademik di ASWARA telah berjaya memperolehi akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). ASWARA  telah beroperasi selama 24 tahun sejak daripada tahun 1994.  Bermula dengan nama Akademi Seni Kebangsaan (ASK), ASWARA adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang seni yang melahirkan graduan pada peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang berkaitan industri kreatif.
____________________________________________________________________________  
MAJLIS LAFAZ IKRAR SISWA BAHARU ASWARA LEBIH BERMAKNA KALI INI DENGAN KEHADIRAN DATO’ SRI SITI NURHALIZA
(6 September 2018 @  Khamis, Kampus Uols)
MAJLIS IKRAR.jpg
Minggu  Mesra Siswa Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Sesi Akademik 2018/2019 hari ini menyaksikan seramai 389 pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melafazkan ikrar sebagai mahasiswa ASWARA pada Majlis Bacaan Ikrar Pelajar yang diadakan di Panggung Eksperimen, ASWARA.
 
Bacaan ikrar tersebut diketuai oleh Muhammad Syawal Izadin Sabarudin, pelajar program Diploma Muzik dari Fakulti Muzik di hadapan YB.  Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari, Rektor ASWARA, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ibrahim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar ASWARA, YBrs. Encik Md. Zusmaidi Abdul Aziz, Pendaftar ASWARA, dekan-dekan fakulti dan pensyarah-pensyarah ASWARA.
 
Turut hadir ke majlis ini, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin selaku Ahli Lembaga Pengarah, ASWARA.
____________________________________________________________________________  
MUZIK TRADISIONAL SEBATI DALAM JIWA
Asmidar buka kelas vokal
(9 September 2018 @ Ahad, Sinar Harian)
Asmidar.jpg
Mungkin ramai yang lebih mengenali Asmidar sebagai penyanyi pop selepas namanya diperkenalkan menerusi program realiti TV, Vokal Bukan Sekadar Rupa sebelum ini. Namun penyanyi lagu Biar Sampai Ke Bintang ini sebenarnya terlebih dahulu aktif dalam muzik tradisional dan pernah terlibat dalam pelbagai program berkaitannya.
 
Dalam perkembangan lain, Asmidar juga kini aktif sebagai tenaga pengajar apabila kembali membuka kelas vokal untuk mereka yang berminat mendalami bidang nyanyian. Katanya yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Persembahan Muzik Vokal (ASWARA) ini, dia sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dengan generasi muda yang berminat dalam bidang nyanyian terutamanya nyanyian tradisional.
____________________________________________________________________________  
NYARIS DIBUBAR EPISOD SEDIH TANAH AKHIRKU
(9 September 2018 @ Ahad, Pancaindera, Mingguan Malaysia)
tanahakhirkuib.jpg
Rupa-rupannya, terlalu banyak rintangan yang perlu dilalui oleh semua penggiat teater Tanah Akhirku yang baru sahaja dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu. Bermula isu tiada dana, rombakan skrip dan tindakan Erma Fatima menarik diri daripada pementasan teater ini, karya anak muda Naque Ariffin dan Aloeng Silalahi terpalit dengan kontroversi tanpa kesudahan.
 
“Penerbit naskhah ini adalah sekolah lama saya iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Bukan terdesak, tetapi mereka amat memerlukan seseorang yang boleh bekerja dalam keadaan yang amat terhad. ” Mereka tiada bajet tetapi tetap mahu hasil yang tidak menampakkan mereka tiada duit langsung, apatah lagi dalam menggerakkan pementasan dalam masa yang singkat. Mungkin kerana itulah mereka memerlukan saya, ” katanya.
__________________________________________________________________________  
“KITA HARUS MENJIWAI DASAR PANDANG KE TIMUR”- REKTOR ASWARA
(11 September 2018 @ Selasa, Kampus Uols)
RIZON.jpg
Penulis amat bertuah kerana terpilih melanjutkan pelajaran ke universiti di Jepun seawal usia belasan tahun sehingga ke peringkat kedoktoran pada fasa awal pengenalan ‘Dasar Pandang ke Timur’. Selama 15 tahun penulis berada di Jepun, banyak yang boleh dipelajari dari sebuah negara maju seperti Jepun, sebuah negara yaqng kita ketahui sangat memulihara budaya serta nilai-nilainya. Ini kerana Jepun sangat menyedari peranan budaya sebagai identiti atau citra bangsanya. Oleh yang demikian mereka amat bangga akan warisan budaya turun temurun. Tidaklah menghairankan jika budaya sedemikian telah membentuk masyarakat Jepun yang harmoni serta saling bekerjasama.
 
Bagi menyediakan generasi pelapis yang menghargai seni persembahan tradisional Jepun, para pelajar Jepun juga dibawa menonton persembahan yang sesuai dengan umur mereka, umpamanya menonton bunraku (teater patung), noh atau kabuki. Alangkah baiknya jika para pelajar kita juga didedahkan sejak awal untuk menonton teater tradisional seperti wayang kulit, makyung, mek mulong dan bangsawan. Jika pendedahan awal ini dilakukan secara tekal, kita akan sentiasa mendapat penonton yang telah mempunyai pengetahuan asas.
 
Benarlah intipati pemikiran YAB. Tun Dr. Mahathir dalam hal ini bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju akan lebih bermakna jika masyarakat Malaysia mengamalkan nilai-nilai positif dan murni sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh masyarakat Jepun.
 
Penulis ialah Rektor, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merangkap Ahli Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS).
____________________________________________________________________________  
IMPIAN YEE TENG ASYIK DALAM TARIAN TRADISIONAL MELAYU
(12 September 2018 @ RABU, SINAR HARIAN)
yee teng.jpg
 Walaupun masih hijau dalam dunia seni hiburan tanah air, namun hasratnya untuk menjadi seorang pelakon pentas dan penari profesional begitu menebal. Apatah lagi akhir bulan Ogos lalu Yee Teng berpeluang untuk menonjolkan bakatnya di pentas berprestij Istana Budaya, Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, ia menjadi pembuka tirai buat pemilik nama sebenar Ker Yee Tang menyerlahkan dirinya di lapangan seni tempatan.
 
” Bertitik tolak dari saat itu, habis sekolah menengah saya terus mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Tari di Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), ” katanya yang meminati tarian zapin. Biarpun minatnya tinggi menggunung untuk menjadi seorang penari dan koreografer profesional dalam kategori tradisional Melayu, namun setelah menamatkan pengajian diploma, dia terpaksa mengorbankan niatnya itu buat seketika demi menggarap ilmu tarian Cina di Universiti Art Guangxi bagi tempoh setahun.
 
____________________________________________________________________________ 
KETENGAHKAN TARIAN DAN LEGENDA TANAH BORNEO
Tandak Mengalai Peroleh Sambutan Luar Biasa
(15 September 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
yunus tandak mengalai.jpg
Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), tampil dengan sebuah persembahan menarik menerusi Tandak Mengalai yang menghimpunkan pelbagai jenis tarian tradisional dari Sabah dan Sarawak. Berlangsung pada 7 hingga 9 September lalu di Panggung Eksperimen, ASWARA, persembahan yang dianggap cukup unik ini telah meraih sambutan cukup hebat daripada khalayak penonton tanpa mengira pelbagai latar belakang dan budaya.
 
Tandak Mengalai menampilkan bakat-bakat hebat daripada Fakulti Animasi dan Fakulti Komunikasi Visual di ASWARA, selain barisan pensyarah sebagai koreografer. Keseluruhan yang terlibat dalam produksi ini adalah seramai 65-70 orang termasuk 30 daripadanya adalah penari yang mempersembahkan 15 jenis tarian dalam durasi persembahan selama satu jam setengah.
 
___________________________________________________________________________ 
AURA CAHAYA AMERUL AFFENDI
(15 September 2018 @ Sabtu, Kosmo)
Amirul affendi.jpg
Tahun 2018, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-27 itu mencetak lebih banyak kerja yang datang bersilih ganti. Baru khalayak  mahu bertenang menontonnya dalam drama KL Gangster: Underworld disiarkan menerusi platform digital iflix, Amerul kini membuat peminat gemuruh rasa dengan lakonannya dalam One Two Jaga yang masih hangat memanaskan pewagam. Pada 27 September depan, lelaki berusia 32 tahun ini sekali lagi memantapkan naskhah aksi, Paskal.
 
Saya selalu ingat pesan cikgu sewaktu di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dahulu. Sya perlu menjadi cahaya untuk sesebuah naskhah yang dimainkan, bukannya sibuk mahu berlakon dalam cerita yang kononnya bagus. Apabila saya tetapkan objektif untuk jadi cahaya, barangkali sebab itu watak selalu menonjol.
____________________________________________________________________________ 
 
SAHUT CABARAN 
2 Bakat muda bawa watak legenda dalam dramatari Tandak Mengalai, The Exquisite Dances of Sabah & Sarawak.
(18 September 2018 @ Selasa, Harian Metro)
Tandak.jpg
Tugas melakonkan sesuatu karakter di pentas drama tari bukannya mudah lebih-lebih lagi jika naskhah yang dibawakan berkisar watak legenda. Tanpa pengalaman, persembahan akan nampak kaku dan mesej penceritaan juga tidak sampai kepada penonton. 
 
Namun, penuntut Ijazah dari Fakulti Tari, Wong Shan Tie, 21, ini membuktikan dirinya mampu membawakan watak Puteri Santubong dengan baik ketika pementasan dramatari Tandak Mengalai, The Exquisite Dances of Sabah & Sarawak di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
____________________________________________________________________________ 
 
PLATFORM UNIK JEJAK TABI
Ruang Seniman Kontemporari Asia Bertukar Idea, Pengalaman di 2 Kota dalam Setahun Untuk Tempoh 3 Tahun.
(21 September 2018 @ Jumaat, Harian Metro)
jejaktabi.jpg
Jejak Tabi Exchange: Wandering Asian Contemporary Performance adalah platform pertukaran baru bagi seniman kontemporari Asia yang diciptakan sebagai ruang pertukaran idea dan pengalaman yang lebih bermakna antara mereka. Ia adalah platform unik kerana festival ini akan mengambil tempat di dua kota dalam masa setahun untuk tempoh masa tiga tahun akan datang.
 
Kini giliran Malaysia pula menjadi tuan rumah apabila Jejak Tabi akan diadakan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) & Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Kuala Lumpur. Persembahan sudah bermula semalam dengan sesi Lecture Performance yang diikuti persembahan tarian Floating Bottle Projek membabitkan Natsuko Tezuka (Itoshima / Fukuoka dan Berlin), Venuri Perera (Colombo) dan Yeong Ran Suh (Seoul / Copenhagen). Turut diadakan ialah persembahan Maharajawana daripada Teuku Umar Ilany. 
____________________________________________________________________________ 
PELUANG PELAJAR ASWARA LANJUT PENGAJIAN DAN JALANI LATIHAN INDUSTRI PERFILEMAN DI JEPUN
(24 September 2018 @ Isnin, Kampus Uols
jepun rektor.jpg
Bagi merealisasikan pemindahan teknologi perfileman dengan negara matahari terbit, Jepun, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menerokai satu jalinan kerjasama akademik bersama Japan Institute Of The Moving Images (JIMI) di Kawakasi- City. JIMI adalah satu-satunya universiti swasta di Jepun yang menawarkan program perfileman di luar Tokyo bersama pensyarahnya yang terdiri daripada pengarah-pengarah filem terkenal.
 
Selain kerjasama dengan universiti di Jepun, ASWARA juga menjalin kerjasama strategik bersama IMAGICA Corporation iaitu syarikat pasca penerbitan untuk perfileman terbesar di Jepun bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar ASWARA menjalani latihan industri di sana. Ini membuktikan bahawa ASWARA memandang serius dalam mengendalikan tahap kualiti pelajarnya apabila para pelajarnya. 

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:  https://kampusuols.com/article/422705/U-In-News/SEL-KL/Peluang-pelajar-ASWARA-lanjut-pengajian-dan-jalani-latihan-industri-perfileman-di-Jepun)

____________________________________________________________________________ 
PANDANG KE TIMUR : ASWARA JALIN KERJASAMA DENGAN TIGA INSTITUSI FILEM JEPUN
(26 September 2018 @ Rabu, Bernama.Com)
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia (ASWARA) sentiasa mencari jalan untuk memperkasa pengetahuan dalam kalangan pelajar dan pensyarahnya, termasuk dalam bidang perfileman. Bagi maksud tersebut baru-baru ini Rektor ASWARA Prof. Dato’ Ts. Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari, dan Dekan Fakulti Filem dan Televisyen ASWARA, Encik Dzul Karnain Abdullah telah melakukan lawatan kerja ke Jepun.
 
Negara matahari terbit itu dipilih kerana Jepun merupakan antara negara di dunia yang maju dalam bidang perfilemannya. Dunia mengenali pengarah-pengarah filem mereka yang tersohor seperti Akira Kurosawa, Hayao Miyazaki, Yasujiro Ozu dan sebagainya. Oleh itu, Rektor ASWARA berpendapat jika sinema Malaysia ingin maju, maka pelajar, pensyarah dan karyawan filem – termasuk yang ada di ASWARA – mestilah berusaha untuk menambah ilmu termasuk dari Jepun serta negara-negara lain.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut:   http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1646456)
____________________________________________________________________________ 
LEGENDS FROM THE EAST
Sabahan and Sarawakian dances take the spotlight in Aswara’s Tapestry series.
(1 September 2018 @ Saturday, Star2)
tandak mengalai.jpg
The Faculty of Dance of Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) is no stranger when it comes to shining the spotlight on Malaysian tradisional dances. Under its Tapestry series, the faculty has put up successful productions such as last year’s Main Zapin or 2015’s dance-drama Hang Li Po.
 
Next weekend, the tapestry series returns with Tandak Mengalai, a double-bill dance-drama based on two legends from Sabah and Sarawak. The 90-minute performance will present traditional East Malaysian dances from the many ethnic communities there, including from the Murut, Kadazan, Bajau, Rungus, Iban, Bidayuh, Melanau and Orang Ulu to name a few.