ASWARA  BENTUK PELAJAR BERILMU SENI, BUDAYA, WARISAN
(3 Ogos 2018 @Jumaat, Berita Harian)
Picture5.jpg
Apabila premis institusi seni berada di jantung ibu kota, itu menandakan suatu simbiosis sihat antara budaya dengan kehidupan masyarakat moden.  Pada Julai lalu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara rasmi memberi hak milik dua lot tanah di Kuala Lumpur kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), iaitu kampus sekarang.
 
ASWARA bermula dengan nama Akademi Seni Kebangsaan pada 1994, kira-kira 24 tahun yang lalu. ASWARA menawarkan kursus akademik dalam pelbagai bidang seni dari peringkat asasi, diploma hinggalah ke tahap doktor falsafah. Sejumlah 28 program ASWARA telah mendapat pengiktirafan  Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
 
ASWARA menarik minat pelajar pelbagai kaum yang utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka bukan saja datang dari sekolah aliran perdana, ada juga pelajar yang datang dari sekolah vernakular. Walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, di ASWARA mereka disatukan melalui kesedaran terhadap seni, budaya dan warisan bangsa yang diajar secara sistematik.
_______________________________________________________
GERAKAN SENDIRI AISHAH AZMAN
(8 Ogos 2018@ Rabu, Kosmo )
Picture7.jpg  Picture8.jpg
Bergelar selebriti  pada zaman serba canggih terutamanya penggunaan media sosial yang dalam sekelip mata mampu membuka pintu-pintu negatif sebenarnya tidak mudah. Kini,  setiap inci kisah lampau atau apa sahaja tidak berkenan pada mata sesetengah pihak dengan pantas menjadi kecaman netizen. Itu antara kerisauan pendatang baharu Aishah Azman yang masih terpelihara daripada sebarang isu negatif.
 
” Seperti contoh dalam drama Pengantin 100 Hari, watak Sofea memerlukan saya banyak menangis. Cuma sebagai pelakon, saya perlu bijak untuk menghayati watak dan memahami kehendak situasi. “Dari situ, ia menguji kemampuan untuk membezakan antara babak sedih yang perlu mengeluarkan air mata atau sekadar menunjukkan emosi,” ujar pemegang Diploma Taeter dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.
 
Tambah Aishah lagi, antara sebab dia menerima tawaran drama adalah jalan cerita yang mempunyai banyak mesej positif meskipun tidak dapat lari daripada terma klise seperti gadis miskin yang dipaksa berkahwin dengan lelaki kaya.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :    http://www.kosmo.com.my/hiburan/gerakan-sendiri-aishah-azman-1.724753)
____________________________________________________________
TOURISM MINISTRY PLANS TO SET UP ASWARA BRANCH IN SABAH
 (12 August 2018 @ Sunday, The Borneo Post)
Picture16.jpg
The Tourism, Arts and Culture Ministry plans to set up a National Arts Culture and Heritage Academy (ASWARA) branch in Sabah. Its minister, Mohammaddin Ketapi, said he had notified the matter to Sabah Chief Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal unofficially. “However, an official letter will be submitted to the chief minister and it is up to him to let the matter to be brought into the discussion at the state cabinet.” he said.
 
Mohamaddin, who is also Silam MP, said this to reporters after officiating the Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan and the launch of education and career carnival 2018 at the school yesterday. He said the move to bring ASWARA to Sabah aimed at giving the youth in the state an opportunity to expand their art, culture and musical talents by studying at the academy. Meanwhile, in a separate development, Mohamaddin expressed his full support for the SMK Terusan’s plan to build swiftlet nests as well as homestay at the school compound for tourism purposes as long as the projects did not violate the guidelines set by the Education Ministry.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  http://www.bernama.com/state-news/berita.php?id=1631404)
____________________________________________________________
TIDAK RASA DIRI CALON AKHIR 
(15 Ogos 2018 @ Rabu, Harian Metro)
Picture1.jpg  Picture15.jpg
Lebih sedekad menceburi bidang lakonan, kini siapa yang mengenali Aeril Zafrel, 30. Memulakan langkah dalam kerjaya seni pada 2006, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari kini sudah jauh berubah. Walaupun suatu ketika dulu bakat lakonannya diragui, pada masa kini Aeril sudah berjaya membuktikannya.
 
” Selepas memikirkan beberapa perkara, saya setuju untuk terbabit dalam teater Tanah Akhirku ini. Saya langsung tidak fikirkan diri adalah calon akhir bagi teater ini selepas beberapa pelakon lain menolaknya. Harapan saya, semoga Tanah Akhirku mendapat sambutan baik daripada penonton apatah lagi ia dipentaskan sempena Hari Kebangsaan.” katanya.
 
Sehubungan itu, pementasan teater Tanah Akhirku akan diterajui pengarah muda Naque Ariffin, 27, sebagai pengemudi utama.  Naque yang baru menamatkan Ijazah Sarjana Seni Urban dan Industri Budaya di Institut Kesenian Jakarta hujung julai lalu juga lepasan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Teater yang mendapat peruntukan khas daripada ASWARA itu turut membariskan pelakon seperti Mei Fen, Erma Fatima, Izzue Islam, Angeline Tan dan Nina Nadira.
____________________________________________________________
SEMANGAT LUAR BIASA TANAH AKHIRKU PAPAR REALITI MASYARAKAT BERBILANG KAUM
(18 Ogos 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picture7.jpg
Lari daripada tema dan genre naskhah yang biasa dipertontonkan di Istana Budaya (IB), teater Tanah Akhirku yang bakal dipentaskan pada 28 Ogos hingga 2 September 2018 ini tampil dengan pementasan berbeza. Bertepatan dengan sambutan kemerdekaan, naskhah terbitan Gold Raya dan ASWARA dengan kerjasama IB ini mengangkat tema perpaduan dan patriotisme menerusi latar cerita mengenai penghijrahan awal masyarakat Cina ke Tanah Melayu.
 
Meski hadir menerusi produksi baharu yang digerakkan penggiat-penggiat seni generasi muda, Tanah Akhirku tampil dengan misi yang begitu besar untuk memberikan kelainan sebagai pilihan kepada penonton yang mengikuti perkembangan dunia pementasan tanah air. Apatah lagi ia merupakan produksi pertama yang menyaksikan gandingan antara penggiat teater Melayu, Inggeris, dan Cina dalam satu pementasan di pentas gah IB.
 
Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup Ying Feng, seorang gadis dari tanah besar China, Yin Feng yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah. Yin Feng jatuh hati dengan Tanah Melayu yang dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Malah dalam masa yang sama, cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu. Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
____________________________________________________________
TEATER TANAH AKHIRKU SEMPENA KEMERDEKAAN 
(19 Ogos 2018 @ Ahad, Kosmo)
Picture12.jpg
Bagi menyemarakkan lagi  hari kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak penerbit, Gold Ray dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Istana Budaya akan mempersembahkan sebuah teater berjudul Tanah Akhirku. Teater karya Amar Amir yang akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 2 September ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Mei Fen Lim, Aeril Zafril, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira, Nave VJ, Akmal Ahmad, Alfred Loh, Iskandar Zulkarnain dan Angeline Tan.
 
Fen Lim pula berkata, idea untuk pementasan cerita ini diambil dalam persekitaran ASWARA tersendiri. “Persekitaran majmuk di kampus ini memberikan pengalaman sebenar masyarakat Malaysia yang diidamkan. Di ASWARA, kepelbagaian budaya diraikan dan setiap pelajar mempunyai peluang untuk memahami budaya asing tanpa perlu meninggalkan akar budaya masing-masing” ujarnya.
 
Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yue Feng. Yue  Feng lari daripada perang saudara di China bersama adiknya untuk mencari kehidupan baharu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidakstabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja di situ.
____________________________________________________________
TANAH AKHIRKU SEMAKIN BERSEDIA
(21 Ogos 2018 @ Selasa, Kosmo)
Picture.jpg
Diberi tanggungjawab menggalas tugas di bangku pengarah teater berjudul Tanah Akhirku, anak muda bernama Naque Ariffin bukan sahaja berjiwa bangsa. Dia juga komited untuk meninggalkan bekas yang mendalam dalam sanubari penonton yang bakal menyaksikan teater berkenaan mulai 28 Ogos hingga 2 September depan di Istana  Budaya. Kata Naque, 27, dia menafikan hanya bersetuju menerima tawaran mengarah setelah diberikan bayaran setimpal. Sebaliknya, dia lebih memikirkan tanggungjawab sebagai alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 
Rektor ASWARA, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd Rizon Juhari mendedahkan, ASWARA bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM 150,000.00 untuk menjayakan teater tersebut. Walaupun dalam kekangan kewangan semasa, ASWARA mahu melihat pelajar berkeyakinan dan karya mereka setanding dengan karya profesional dalam industri. Peluasan seni dan budaya adalah agenda utama ASWARA pada peringkat diploma atau ijazah,”katanya.
________________________________________________________
PATRIOTIC TALE SET IN 19TH CENTURY
Malaysian actress, producer and theatre student Lim Mei Fen says Tanah Akhirku was inspired by her love for her country, writes Tahir Alhamzah.
(26 August 2018 @ Friday, New Straits Times)
Picture13.jpgPicture14.jpg
For Lim Mei Fen, final – year student at Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), the opportunity to restage her final-year project at Istana Budaya is something beyond her wildest dreams. 
 
“Tanah Akhirku was staged at ASWARA Experimental Theatre earlier this year. It was my final year project, ” says Lim, 31, who is also the producer of the production. She came up with the story about a girl who came to Melaya from China.Set in the19th century, it is about Yue Feng (to be played by Lim herself) who runs away from China during a civil war. Together with her sibling, Yue Feng journeys to Malaya which was then under British rule. They end up working at a tin mine controlled by the Chinese secret society.
____________________________________________________________
ATIQ NAK CUBA BIDANG NYANYIAN
(26 Ogos 2018 @ Ahad, Kosmo)
Picture3.jpg  Picture4.jpg
Lelaki muda itu pernah mencuri perhatian umum selepas alunan suaranya mengaji disiarkan di sebuah stesen radio sebelum ini.  Sejak itu, pelakon drama Nur, Atiq Azman mencipta kelompok peminatnya sendiri. Ditambah pula dengan populariti drama lakonannya pada masa itu, anak muda berusia 18 tahun itu boleh dikatakan bertuah kerana berjaya meletakkan dirinya jauh lebih ke depan kerana sudah semakin dikenali ramai.
 
Bagaimanapun, selepas menerima permintaan tinggi, jadi hasrat peminat itu ditunaikan dalam produksi drama Nur 2 itu juga, saya masih akan terlibat sama membawakan watak sebagai pelajar tahfiz lagi” katanya yang akan mengikuti kursus Seni Persembahan Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
 

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  http://www.pictame.com/user/therajaatiqullah/3104576794)

____________________________________________________________
SITI NURHALIZA DILANTIK AHLI LEMBAGA PENGARAH ASWARA
(28 Ogos 2018 @ Selasa, Utusan Online)
ctdk.jpg
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik menduduki kerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkuat kuasa 1 Ogos lalu. Berita pelantikan penghibur kesayangan ramai itu diumumkan pengurus peribadinya, Rozi Abd.Razak di laman sosial istagram beliau sebentar tadi.
 
Menurut Siti Nurhaliza, 39, peluang menduduki kerusi berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman seni yang diraihnya sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni. 
 
“Selama ini juga aktif dalam bidang seni, menyanyi, membuat persembahan dan menimba pengalaman. Kini, masanya untuk saya berkongsi semula apa yang saya ada dengan masyarakat.
_____________________________________________________________________
MARTABAT KESENIAN BORNEO
60 Penuntut Fakulti Tari ASWARA bakal jayakan Tandak Mengalai “The Exquisite Dances of Sabah & Sarawak
(29 Ogos 2018 @ Rabu, Harian Metro)
Picture3.jpg
Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mempersembahkan himpunan  tarian tradisional Sabah dan Sarawak menerusi persembahan Tandak Mengalai ” The Exquisite Dances of Sabah & Sarawak yang bakal diadakan di Panggung Eksperimen, ASWARA pada 8 dan 9 September nanti.
 
Persembahan itu terbahagi kepada dua segmen iaitu dramatari legenda Huminodum yang berasal dari Sabah untuk bahagian pertama dan kisah perbalahan dua bersaudara iaitu Puteri Santubong dengan Puteri Sejinjang bagi babak berikutnya.
 (Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  https://www.hmetro.com.my/geny/2018/08/372399/martabat-kesenian-borneo)
__________________________________________________________
28 PROGRAM ASWARA TERIMA PERAKUAN AKREDITASI MQA
(30 Ogos 2018 @ Khamis, Bernama )
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengukuhkan kedudukan selaku institusi pengajian seni apabila 28 program yang ditawarkan menerima perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  
 
Rektor ASWARA Profesor Datuk Mohd Rizon Juhari berkata ini melibatkan program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Seni Kreatif, Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Penulisan Kreatif, Fakulti Teater, Fakulti Filem dan Televisyen, Fakulti Rekaan Komunikasi Visual, Fakulti Animasi dan Multimedia, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya serta Pusat Pengajian Pasca Siswazah.
 
“Julai lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi telah memutuskan program akademik ASWARA iaitu Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Persembahan dengan Kepujian memperolehi akreditasi daripada MQA.
 
ASWARA menyediakan kesemua program akademik yang berkualiti serta mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1637833)
___________________________________________________________
KECINTAAN PATRIOTIK TANAH AKHIRKU
(30 Ogos 2018 @ Khamis, Kosmo)
Picture2.jpg
Membawa elemen patriotisme ke pentas gah, Istana Budaya, Kuala Lumpur bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng. Teater Tanah Akhirku membuka gelanggang 28 Ogos lalu dengan beberapa isu yang boleh dikupas kerana ia bukan sahaja satu naskhah teater, malah cerita berkisarkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira darjat, usia atau kaum.
 
Tanah Akhirku yang dibintangi  oleh Aeril Zafrel dan Mei Fen sebagai teraju utama turut membariskan pelakon lain seperti Izzue Islam, Angeline Tan, Nina Nadira termasuk pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sendiri.
___________________________________________________________
SITI NURHALIZA JADI AHLI LEMBAGA PENGARAH ASWARA
(30 Ogos 2018 @ Khamis, Kosmo)
CTDK.jpg
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bermula 1 Ogos lalu. Penyanyi lagu Segala Perasaan itu berkata, perlantikan yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi itu merupakan satu penghormatan buatnya.
 
Siti,39, menjelaskan peluang menduduki kerusi tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang seni sepanjang lebih 20 tahun menjadikan nyanyian sebagai karier utama.
___________________________________________________________
AMAR TEBUS KEKECEWAAN
Hasrat berlakon teater bangsawan tercapai menerusi pementasan Puteri Saadong
(31 Ogos 2018 @ Jumaat, Harian Metro)
Picture 1.jpgamar.jpg
Impian pelakon Amar Asyraf untuk membawa watak Raja Lumu dalam bangsawan Putera La Galigo tidak kesampaian apabila pementasan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Disember 2016 ditunda. Bagaimanapun, Amar, 33, gembira kerana dapat melunaskan impian berlakon teater bangsawan menerusi pementasan Puteri Saadong yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), baru-baru ini.
 
“Saya terpilih berlakon kerana kebetulan pengurus pentas kebetulan pengurus pentas sama-sama belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Dia yang mencadangkan nama saya kepada Zack,” katanya.
 (Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/372943/amar-tebus-kekecewaan)