PAMERAN REFLEKSI SERLAH BAKAT PELAJAR
(1 November 2018 @ Khamis, Berita Harian)
PictureAM.jpg
Kepentingan memahami dan mempelajari teknik fotografi betul agar imej dirakamkan menepati cita rasa serta memiliki nilai seni yang indah, mendorong sekumpulan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menganjurkan Pameran Refleksi. Pameran yang kini berlangsung di Fakulti Animasi & Multimedia (FAM) ASWARA itu, bermatlamat memberi peluang kepada orang ramai, terutama mereka yang gemar merakam gambar mengetahui kaedah tepat melakukannya , seperti sudut, pencahayaan dan kedudukan objek betul.
 
Dekan FAM, Jazmi Jamal, berkata fotografi ialah aktiviti diminati masyarakat untuk merakamkan aktiviti harian, sebelum disimpan untuk koleksi peribadi atau dikongsi di media sosial. Jazmi berkata, karya gambar dipamerkan itu mengetengahkan pelbagai subjek, termasuk alam semula jadi, ragam manusia, potret dan seni abstrak yang dipenuhi elemen cahaya dan bayang, rupa dan bentuk, selain warna panas dan wana sejuk.
 
_________________________________________________________________________
PERNAH DISURUH JUMPA  “PSYCHIATRIST”
Namron anggap karya sebagai ubat  
(3 November 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picturenamron.jpg
Jika disebut nama Shahili Abdan, barangkali tidak ramai yang mengetahui sosok empunya nama itu, Namun jika disebut Namron, pasti ramai yang mengenali lelaki berwajah “garang” yang masih pekat berdialek utara ini. Di sebalik bakat lakonan yang besar, siapa sangka, lelaki berusia 48 tahun ini sebenarnya melalui tempoh sukar dalam kehidupannya semasa kecil dahulu. Dia yang suka bersendirian, tidak pandai bergaul, memilih untuk meluahkan perasaannya menerusi penulisan puisi dan melibatkan diri dengan pementasan teater di Perlis.
 
Dari situ, Namron mengorak langkah ke Akademi Seni Kebangsaan (ASK) pada tahun 1994 dalam bidang teater. “Saya masih ingat lagi, ketika tahun pertama di ASK (kini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA), kami menghadiri kelas di bawah seliaan Encik Ahmad Yatim. Ketika itu dia minta kami untuk mendalami dan mengeluarkan emosi marah. Saya pun beriya-iya ketuk lantai dengan pen untuk keluarkan emosi tersebut.
 
Sepanjang tempoh pengajian di ASK, Namron menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Namron berkata, dari situ juga, dia sedikit demi sedikit belajar untuk membina kekuatan, memberanikan diri, memberi kepercayaan kepada orang lain untuk melakukan tugas mereka.
 ________________________________________________________________________
SHOWCASE OF VARIOUS INDIAN DANCE FORMS
( 9 November 2018 @ Jumaat, NewStraits Times)
pictari.jpg
In a bid to showcase a body of different dancers performing a variety of dance styles in one exciting show, Inner Space Dance Company (ISD) is offering performing arts lovers Sum – The Multicultural Body. “Movement is the basic of all the dance styles, ” says senior ISD dancer Dr Dhanya Thurairajah. ” This production showcase the various colours of odissi, kathak, bharatanatyam and contemporary dance performed by one body of dancers within one night’s performance.
 
ISD, with a quintet of performers, is the performing wing of the Temple of Fine Arts. Umesh was himself trained in multiple styles and techniques of Indian art forms and contemporary dance as well. ” Art is a never -ending journey and it is impossible to learn it all. As long as there is the passion to learn, it then becomes a real joy and not at all a challenge whatsoever.” 
 
Sum, performed at the National Academy of Art, Culture and Heritage (ASWARA) to live music, will offer the various dance styles as one art, and as a medium of communication, whatever the style, without losing the subtle intricacies and expressive beauty within each style.
___________________________________________________________
MUD CETUS BANYAK KENANGAN
Fiza Puas Di Pentas Teater
(11 November 2018@ Ahad, Harian Metro)
Picture13.jpgPicture14.jpg
Bagi peminat pementasan teater muzikal, naskhah Mud The Musical : The Story of Kuala Lumpur (Mud) pasti bukan asing lagi. Tidak hanya di Malaysia, Mud menjadi aktiviti kebudayaan wajib tonton pelancong asing yang bercuti di negara ini khususnya di Kuala Lumpur. Pernah dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur selama tiga tahun, pemetasan Mud bagaimanapun ditamatkan pada Mei 2017. 
 
Bagi dua anak seni yang pernah terbabit dalam teater itu iaitu Anding Indrawani dan Fiza Thomas, perkhabaran mengenai pementasan semula naskhah itu yang akan dilakonkan sekumpulan kanak-kanak sangat menggembirakan. Sementara itu, walaupun bermula dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF), hati Fiza lebih cenderung mendalami disiplin teater. ” Saya aktif dalam teater sejak belajar di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Walaupun belajar dalam bidang seni tari, saya juga mengikuti kelas bangsawan dan Makyong.
 
“Bagi saya, kedua-dua seni ini muzikal tradisional mini dan dari situ saya tahu ada bakat dalam bidang lakonan, ” katanya. Baginya, berada di pentas teater adalah cabaran besar. “Saya suka cabar kemampuan diri. Walaupun anak jati Sabah, saya cabar diri bertutur dalam dialek Kelantan ketika beraksi dalam Makyong, ” katanya.
_________________________________________________________________________
HEBAT BERMAIN REBAB, MAKYUNG
Fared Mahu Cari Pelapis 
(17 November 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picture11.jpg
Minat sejak kecil dalam kesenian tradisional terutama persembahan makyung telah membuatkan Mohd Fared Ramli, 30, mengatur usaha untuk mendalami kesenian itu dengan harapan menjadi penyambung warisan yang semakin dilupakan itu. 
 
Bermula daripada menimba ilmu menerusi penggiat-penggiat seni tradisional makyung dan pemain rebab sekitar negeri kelahirannya, Kelantan, sehinggalah kepada pengajian lanjutan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). ” Mungkin kerana persekitaran dan pendedahan yang diterima di kampung halaman saya di Kelantan, seawal usia 9 tahun, saya sudah menunjukkan minat kepada kesenian tradisional terutama persembahan makyung.
 
Sepanjang hampir 10 tahun menguasai permainan rebab dan terlibat dengan makyung yang kini dijadikan kerjaya sepenuh masa, kata Fared, pelbagai pengalaman manis yang dilalui terutama apabila dijemput untuk mengadakan persembahan di luar negara.
_________________________________________________________________________
KEPOMPONG PARADOKS, UTOPIA SENI TANAH AIR
(17 November 2018@ Sabtu, Kosmo)
Picture12.jpg
Bayangkan jika Malaysia menjadi sebuah negara yang masyarakatnya sangat mencintai dan begitu bangga dengan seni serta budaya warisan. Setiap rakyat negara ini begitu menjunjung tinggi adat resam, kesenian tradisional, makanan tempatan serta pakaian tradisi mereka. Pada masa yang sama, mereka menolak semua budaya barat.
 
Mungkin juga kita boleh membayangkan seni dan budaya menjadi komoditi yang menjana berbilion ringgit kepada pendapatan negara. Kenapa kehidupan, kesenian serta kebudayaan sering berada dalam kepompong paradoks dan utopia? 
 
Alasannya sangat mudah. Kita sering mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi kita melakukan banyak perkara negatif. Kita sering mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi kita melakukan banyak perkara negatif. Kita juga mengimpikan yang luar biasa tetapi hanya membayangkan tanpa usaha yang menyeluruh. Manusia misalnya mengimpikan dunia yang penuh kejujuran dan keharmonian tetapi mereka berlumba-lumba belanjakan dengan jumlah yang sangat besar setiap tahun bagi membeli senjata untuk peperangan serta membunuh.
# Dr. Azman Ismail ialah Pensyarah Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
_________________________________________________________________________
8 NASKHAH 8 PENGARAH
ProGres ketengahkan bakat muda dunia teater
(24 November 2018 @ Sabtu, Sinar Harian)
Picture8.jpg
Revolution Stage dan Projek Akhir First Time Directing Workshop tampil dengan sebuah projek pementasan teater yang naskhah menarik pelbagai genre selama empat minggu secara berterusan menerusi acara Projek Gagasan Revolus (ProGres). Pementasan Progres yang bermula pada 16 November sehingga 9 Disember depan di Blackbox, Damansara Performing Art Centre (DPAC) menyaksikan penyertaan daripada lapan pengarah baharu berbakat dengan lapan naskhah yang penuh dramatik.
 
Salah sebuah naskhah yang menarik perhatian dalam program ini tentunya Nisya Khaleed, arahan daripada pengarah muda berbakat besar, Afiza Asram. Seorang graduan jurusan teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang cukup aktif dalam dunia pementasan teater sebagai pelakon, pengarah dan penulis skrip. Tampil dengan naskhah Nisya Khaleed, Afiza cuba membawa sebuah kisah yang cukup menarik tentang kasih sayang, perjuangan serta pengorbanan seorang wanita, isteri dan juga ibu dengan cara mereka tersendiri.
 
Nisya Khaleed akan dipentaskan pada 30 November sehingga 2 Disember ini. Bagi yang ingin menyaksikan pementasan naskhah ini dan naskhah-naskhah lain, tiket boleh diperoleh di kaunter DPAC dengan harga RM 50.
_________________________________________________________________________
TIKTOK KERJASAMA DENGAN UITM
Kempen CampusIdol buka peluang kepada pelajar universiti di negara ini tunjuk kreatitiviti
(29 November 2018 @ Khamis, Harian Metro)
Picturenov.jpg
Platform video pendek terkemuka, TikTok berkolaborasi dengan UiTM untuk melancarkan kempen # CampusIdol. Kempen buat julung kalinya ini dibuat bersempena dengan acara tahunan UiTM iaitu KaryaONE21, selain membuka peluang kepada semua pelajar universiti di negara ini menunjukkan kreativiti dan bakat dari segi tarian, muzik, seni dan lakonan.
 
Bagi lebih mempromosikan lagi cabaran ini, institusi pengajian tinggi terkemuka lain seperti Management & Science University, ASWARA, Universiti Malaya dan Universiti Kuala Lumpur turut menyokong kempen berkenaan dengan berkongsi cabaran bersama persatuan pelajar seni dan kreatif masing-masing.
 
Di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan di seluruh negara, TikTok turut bekerja sama dengan platform pemuda global, YouthsToday. com untuk menarik rangkaian pelajar melalui buletin kampus dan saluran media sosial.