GABUNG KEPELBAGAIAN NARATIF
5 Januari 2018, Jumaat
  
Sebagai pembuka tirai 2018, Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan tampil dengan empat teater menggabungkan kepelbagaian naratif berlatarbelakangkan Barat dan Timur dalam satu penilaian yang dipanggil Penilaian Tahun Akhir PeTA 2018.
Empat pelajar program Ijazah Sarjana Muda Teater Lakonan dan Pengarahan yang dinilai ialah Sri Idrina Idris Silva (pengkhususan lakonan), Lim Mei Fen (pengkhususan lakonan), Siti Fatimah Zahari (pengkhususan lakonan) dan Nelfa Sugesti (pengkhususan pengarahan).
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
ANGKAT TEMA WANITA
Empat naskhah jadi taruhan di PeTA, ASWARA
Sinar Harian : 9 Januari 2018, Selasa
Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) membuka tirai 2018 dengan menampilkan pementasan empat naskhah teater sempena sesi Penilaian Tahun Akhir (PeTA 2018). Sesi PeTA 2018 ini melibatkan penilaian penuntut ijazah teater tahun tiga dalam pengkhususan lakonan dan pengarahan menerusi penglibatan mereka dalam naskhah yang terlibat.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
PENDIDIKAN SENI DI ASWARA HARMONIKAN KAUM
Berita Harian : 11 Januari 2018
DALAM masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa dan kepercayaan, kita sering mencari-cari elemen atau unsur yang boleh menyatupadukan kita. Berdasarkan pengalaman Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), kita boleh menjadikan bidang seni sebagai pemangkin integrasi nasional.

Pelajar ASWARA terdiri daripada pelbagai kaum yang utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka bukan sahaja datang dari sekolah-sekolah aliran perdana. Ada juga pelajar yang datang dari sekolah-sekolah vernakular. Walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, di ASWARA mereka disatukan melalui kesedaran terhadap warisan seni bangsa.

Sungguhpun Fakulti Tari, Fakulti Teater, dan Fakulti Filem dan Video memperlihatkan penyertaan pelajar pelbagai kaum yang lebih ketara, fakulti lain juga turut menerima pelajar pelbagai kaum dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah perbezaan latar belakang pelajar dapat disatukan di ASWARA? Dalam hal ini kita menggunakan bidang seni dan bahasa sebagai ramuannya. Mereka dilatih mengenali seni warisan pelbagai bangsa negara ini – baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban.


(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut :  https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/01/373796/pendidikan-seni-di-aswara-harmonikan-kaum )

___________________________________________________________________________________________________________________________________
MINAT BERLAKON MASIH MENEBAL
Harian Metro : 13 Januari 2018, Sabtu

Tidak dinafikan Zul Huzaimy, 40, pernah mencipta populariti tersendiri dalam kerjayanya sebagai pelakon. Bahkan lakonannya dalam filem Remp-It pada 2006 melonjakkan namanya dalam kalangan peminat.

Cuma kebelakangan ini wajahnya agak jarang kelihatan dalam drama TV dan ia menimbulkan persoalan kepada peminat pelakon berasal dari Gerik, Perak itu.

Zul mengakui pembabitannya kini sebagai pengarah drama membuatkan dia terpaksa membahagikan masa antara berlakon dan mengarah.

“Kelas lakonan itu akan berlangsung hari ini (Sabtu) di Setapak, Kuala Lumpur, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang. Saya akan curahkan ilmu yang dipelajari ketika menuntut di ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) sehinggalah terbabit dalam lakonan,” katanya.

___________________________________________________________________________________________________________________________________
‘MAIN TERI’ BUKAN ‘MAIN PUTERI’
Berita Harian (Online) : 27Januari 2018, Sabtu

Kuala Lumpur : Terlalu banyak beza antara main puteri dan main teri hingga ia mengelirukan bukan sahaja dari segi istilah, bahkan pemahamannya.
Main teri adalah kaedah rawatan penyakit dan bukan persembahan nyanyian tanpa tujuan. Main teri yang terkenal di negeri Pantai Timur sama seperti amalan perbomohan, bezanya ia hanya mengubat masalah kesihatan tidak mampu dilihat secara mata kasar.
Pensyarah Teras Akademik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Che Mohd Nasir Yusof, berkata main teri ialah proses mengubati orang yang tidak nampak sakit pada fizikalnya, ia lebih kepada psikologi kemanusiaan.

(Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : http://www.bhplus.com.my/rencana/sastera/2018/01/381183/main-teri-bukan-main-puteri )

___________________________________________________________________________________________________________________________________
TANAH AKHIRKU BAKAL KE ISTANA BUDAYA
Sinar Harian (Online) : 30Januari 2018
PEMENTASAN teater Tanah Akhirku, terbitan Fakulti Teater Aswara di Panggung Eksperimen, Aswara, selama tiga hari pada 24, 26 dan 27 Januari lalu ternyata memberi perspektif baru kepada produksi  melibatkan penuntut.

Meski pementasan ini pada awalnya hanya untuk melengkapkan Penilaian Tahun Akhir (PeTA2018) bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda Teater, Lim Mei Fen yang dinilai dari aspek lakonan, siapa sangka hasilnya sangat membanggakan.

Ramai memuji naskhah tulisan Xavier Fong dan Siti Jasmina Ibrahim menerusi kerja pengarahan dari Ashraf Zainul ini setaraf dengan pementasan produksi berpengalaman.

Sila kunjungi URL untuk bacaan lanjut : ​

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/tanah-akhirku-bakal-ke-istana-budaya-1.791120

​ ​