PERKENAL BUDAYA NEGARA 
ADT dianggota 20 penari giat adakan persembahan kesenian termasuk di peringkat antarabangsa
( 1 April 2019 | Isnin | Harian Metro)
Picture3.jpg
Gerak tari tarian tradisional yang lemah lembut sememangnya diterima sebagai simbolik nilai sopan santun yang tinggi dalam budaya masyarakat Melayu. Tidak hairanlah persembahan tarian tradisional banyak dipersembahkan di pelbagai majlis rasmi dan keramaian selain menjadikannya buah tangan paling bernilai apabila berpeluang memperkenalkan kesenian Malaysia di luar negara.
 
Kumpulan tarian tradisional dan moden iaitu Asbari Dance Theatre (ADT) ditubuhkan sejak 2013 bagi menampung sebahagian keperluan itu. ADT kini dianggotai 20 penari yang terdiri daripada mahasiswa dan graduan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (UM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Sekolah Seni Malaysia.
 
Pengajar di Pusat Kebudayaan UM, Mohd Hairil Anuar Bari berkata, penubuhan kumpulan itu asalnya untuk menjadi platform kepada pelajar mendapat pendedahan dalam bidang tarian dan persembahan. “Namun dengan sokongan pelbagai pihak, pelajar dan graduan mula memahami kemahiran serta pengalaman yang ada boleh dijadikan tapak pembinaan kerjaya pada masa hadapan,” katanya. Katanya, ADT yang dianggotai penari daripada pelbagai latar belakang jurusan pendidikan dan keturunan menyertai pelbagai program dalam serta luar negara, meliputi program berbentuk akademik sehinggalah kepada yang bersifat komuniti.
 _________________________________________________________________________
PROF MADYA SAHAR SA’DI DILANTIK REKTOR BAHARU ASWARA
( 9 April 2019 | Selasa | Sinar Harian)
Picture2.jpg
Mantan Pengarah, Pusat Kesenian dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Sahar Sa’di Hashim telah dilantik sebagai Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang baharu bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 1 April 2019 hingga 31 Mac 2021 menggantikan Prof. Datuk Ir. Dr.Ts. Hj Mohd Rizon Mohamed Juhari yang telah meletak jawatan secara sukarela.
 
Sahar, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Sarjana dalam bidang Ethnomusicology dari Middlesex University of London, berpengalaman selama 25 tahun dalam pelbagai bidang berasaskan pendidikan dan kesenian. Selain Pengarah, Pusat Kesenian dan Warisan, UniSZA, pengalaman lain beliau ialah sebagai ahli Orkestra, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pegawai Kebudayaan, UiTM, Timbalan Dekan (Pembangunan & Inovasi), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia (UMS) dan Pensyarah Utama, Fakulti Sains Sosial Gunaan, UnisZA.
 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya percaya dengan kelayakan, pengetahuan dan pengalaman dimiliki Sahar akan membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan mampu meneruskan kecemerlangan ASWARA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berasakan kesenian, kebudayaan dan warisan yang terbaik di dalam dan luar negara.
 _________________________________________________________________________
TWO CULTURES COLLIDING IN CADENCE
(10 April 2019 | Rabu | NewStraits Times)
Picture8.jpg
Striking Lights, graceful dancers and harmonious vocals all swayed to the tunes played by the live band. Singers and musicians provided the musical backdrop while the dancers took centre stage. The audience were left mesmerised, erupting in cheers and applause at each interval. Such was the atmosphere during the staging of the Traditional Music and Dance Ensemble by the National Academy of Arts, Culture and Heritage (ASWARA) and the Transylvania University of Brasov at the former’s Experimental Theatre in Kuala Lumpur recently.
 
Part of a two -day cultural exchange programme organised by the parties, the initiative saw 40 students from ASWARA  and 31 students and lecturers from the Romania University coming together to learn and gain mutual understanding about each other’s cultural values. They were given the opportunity to explore the variety of languages, cultures and traditional performance techniques practised in the two countries, thus promoting acceptance and animmersive global interaction.
 
ASWARA board of directors chairman Datuk Rashidi Hasbullah, in his opening speech, said this programme was a stepping stone for future collaborations between Malaysia and Romania.” In ASWARA , we believe that developing institutional linkages such as these enriches everybody involved,” he said. He launched the event on April 3, while the day before, a meeting between the two academic institutions was chaired by ASWARA rektor Associate Professor Sahar Sa’ di Hashim. Present were the Romania ambassador to Malaysia Nistor Constantin Volodea, and deputy head of mission Camelia N. Tudose, Also present were members of ASWARA board of director members  Datuk Mohd Nasir Hamzah and Datuk A. Rahman Hassan.
 _________________________________________________________________________
JANGAN JADI ALAT PROPAGANDA
Nam Ron alu-alukan keterbukaan dalam penghasilan filem, namun ada batasan perlu dijaga
(13 April 2019 | Sabtu | Berita Harian)
 
Picture6.jpgPicture7.jpg
Nam Ron atau nama lengkapnya, Shahili Abdan, mendapat pendidikan awal dalam bidang teater di Akademi Seni Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang dikenali sebagai ASWARA. Sepanjang beberapa dekad dalam bidang seni, Nam Ron memenangi pelbagai anugerah, antaranya Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2012, Pelakon Lelaki Terbaik FFM29, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ASK 2018 dan Pengarah Terbaik FFM30. Antara filem lakonannya yang menjadi perhatian ialah Paloh, Bunohan, Dukun, Redha dan One Two Jaga.
 
Kemenangan filem One Two Jaga hasil tulisan dan arahan Nam Ron sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30, baru-baru ini, bagai membuka satu landskap baharu dalam dunia sinema tanah air. Pada masa sama, ramai pemerhati dunia perfileman menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai tanda juri filem bagai sudah terlepas daripada rantai besi yang mengikat tangan dan kaki mereka, selama ini. Kata mereka, kini juri bersikap lebih terbuka dalam menilai sesebuah karya. Sebelum ini, kononnya, ia sering dibatasi dengan pelbagai syarat yang mengekang kreativiti penggiat seni terbabit.
 
Nam Ron yang mula bergiat cergas di arena lakonan teater sejak tiga dekad lalu berkata, selain jalan cerita, penonton turut mengambil kira faktor pengarah sebelum mereka menyaksikan sesebuah filem. ” Sebagai contoh, filem terbitan Skop Production yang pasti akan mendapat sambutan kerana mereka mempunyai rekod yang cemerlang di pawagan dan juga pengikut setia. “Begitu juga dengan pengarah, Mamat Khalid, yang mampu menarik minat orang ramai ke panggung kerana kredibiliti dibina olehnya menerusi karya beliau selama ini. ” Begitu juga ada kalangan penonton yang tidak akan menyaksikan filem arahan seseorang pengarah berikutan reputasi buruk mereka sebelum ini,” ujar graduan teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan  (ASWARA) ini.
 
 ________________________________________________________________________
BERMULA DARI BAWAH 
NAD ZAINAL BINA NAMA DENGAN BAKAT
(22 April 2019 | Isnin| Sinar Harian)
Picture5.jpg
Nad Zainal atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, mula menceburi  bidang seni sekitar tahun 2008, ketika berusia 18 tahun dan masih lagi aktif sehingga kini. Merupakan lulusan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur. Pada awal kemunculnya dalam bidang lakonan, Nad menggunakan nama penuhnya, Farah Nadia sebelum menukarnya kepada Nad Zainal. 
 
Impian merupakan drama pertama lakonan Nad, namun Bukan Bidadari adalah naskhah pertama yang menampilkan Nad sebagai teraju utama. Sehingga kini Nad telah membintangi lebih 25 buah drama dan hampir 50 buah telefilem. Untuk filem, Nad telah tampil menerusi tujuh buah filem yang terdiri daripada Jidin Sengal pada tahun 2012, Kami Histeria (2014), Juvana 2, Terperangkap Dalam Kebebasan (2016), Aku Haus Darahmu (2017), Soulmate Hingga Jannah (2017) dan Malay Regimen (2017. 
 
Selain kerjaya seni, Nad juga aktif dalam bidang perniagaan dan merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan miliknya, Audela by Nad Zainal yang diusahakan semenjak tiga tahun lalu. Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Nad pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2014 dan Pelakon WanitaTerbaik Drama di Anugerah Skrin 2018.
_________________________________________________________________________
HARI TERBUKA ASWARA 2019 : BUKA PELUANG DALAM INDUSTRI SENI KREATIF
(25 April 2019 | Khamis | Kampus Uols) 
pic9.jpg
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mengadakan Hari Terbuka ASWARA 2019 pada 27 April ini bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang, di sini. Rektor ASWARA, Prof. Madya Sahar Sa’di berkata, Hari Terbuka ASWARA ini mula diadakan sejak 2017 dan dijadikan sebagai acara tahunan insititusi itu dan tahun 2019 ini merupakan anjuran kali ketiga bagi program ini.
 
Katanya, objektif program hari terbuka ini diadakan untuk memperkenalkan ASWARA dan program pengajian yang ditawarkan kepada orang awam dan bakal pelajar serta meningkatkan jumlah permohonan masuk.Jelasnya, Hari Terbuka ASWARA 2019 turut memberi peluang kepada orang awam dan bakal pelajar untuk menyaksikan persembahan yang bakal diadakan pada hari berkenaan dan akan turut dilaksanakan ujibakat dan walk -in interview kepada mereka yang ingin meneruskan pelajaran di sini.
 
“Tujuan Hari Terbuka ASWARA 2019 diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutama para pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar di institusi ini.
“Program sebegini merupakan satu langkah dalam melahirkan cendekiawan seni yang berilmu dan berkaliber serta berpotensi untuk menjadi pelapis dalam industri seni kreatif,”katanya.
 
Sahar Sa’di berkata, sempena hari terbuka itu bengkel latihan dari pihak fakulti dan pusat akan diadakan untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di ASWARA. Jelasnya, pihaknya berharap Hari Terbuka ASWARA 2019 ini dapat menarik minat orang awam untuk berkunjung dan mengenali institusi dengan lebih dekat lagi dan turut serta dalam aktiviti dan program yang bakal diadakan pada hari berkenaan.
 _________________________________________________________________________
KHAIRUNAZWAN ANGKAT MARTABAT TEATER
Angkat Martabat Teater
(28 April 2019 | Ahad | Sinar Harian)
Picture4.jpg
Bicara Seni sebelum ini mengupas mengenai isu perkembangan dan kemajuan industri seni secara amnya namun pada kali ini menampilkan seorang penggiat seni yang arif mengenai cabang teater yang dikendali iaitu indie. Oleh itu, Sinar Harian mendekati aktivis, Khairunazwan Rodzy dalam merungkai perspektif dan hala tuju yang diperjuangkannya. Beliau merupakan salah seorang graduan ijazah Sarjana Muda Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam pengkhususan pengarahan dan bergiat aktif sebagai aktivis teater di sekitar Kuala Lumpur.
 
Khairunazwan telah banyak mendapat kepercayaan dari ASWARA sendiri dan penerbit serta pengarah tersohor, Erma Fatima untuk mengarahkan atau menjadi pembantu pengarah beberapa teater ternama. Antara teater yang pernah diarahkan Khairunazwan adalah Muzikal Tun Abdul Razak dan teater Badai Semalam. 
 
Tidak hanya hebat di kerusi pengarahan, bermula dengan impian kecil pada tahun 2006, Khairunazwan kemudiannya menubuhkan kumpulan teater Revolution Stage (RS) yang terletak di Dataran Pelangi Utama, One Avenue, Petaling Jaya dan kini sudah berdiri megah lebih 10 tahun di pentas teater tanah air. RS sudah berjaya mementaskan pelbagai jenis genre teater antaranya muzikal SudirMania, Asrama-Ra AllStars, SuperHero The Musical dan Sekuntum Mawar merah.