KELAYAKAN PERMOHONAN ASRAMA
- Pelajar Asasi Seni Kreatif diberi kemudahan tinggal di asrama
- Keutamaan kepada Pelajar tahun satu Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
- Sekiranya ada kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan asrama kepada pelajar tahun 1 yang tinggal di lembah Klang dan Kuala Lumpur.
- Sekiranya masih ada lagi kekosongan, Bahagian HEP akan menawarkan kepada pelajar tahun 2 dan tahun 3 pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda.
KADAR YURAN ASRAMA
- Yuran asrama adalah RM500.00 satu semester.
- Setiap barang elektrik wajib didaftarkan dan membayar RM10.00 untuk satu barang elektrik bagi satu semester.
BARANG YANG DILARANG DI BAWA KE ASRAMA
- Rice cooker
- Keatle
- Dapur gas
- Bahan kimia berbahaya
- Bahan yang dikategorikan dadah/rokok/vape
- Dapur elektrik
- Bahan-bahan yang boleh membawa kebakaran
PERMOHONAN ASRAMA
- Pelajar Asasi Seni Kreatif yang telah mendaftar diterima terus ke asrama.
- Pelajar Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda tahun satu yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan diberikan borang permohonan asrama bersama surat tawaran ke ASWARA.
- Bagi pelajar Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta pelajar tahun 2 dan tahun 3 akan dibuka tawaran sekiranya ada kekosongan dan borang permohonan boleh di ambil di Bahagian HEP.