Galeri Gambar

 

ASWARA DIPELAWA UNTUK MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA DI SARAWAK

Pada 16 Mac 2017 @ Khamis yang lalu, ASWARA telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Komunikasi) Sarawak dan isteri YBhg. Puan Siti Shorgayah Ahmad Zaidin bersama YBhg. Encik Sudarnoto Osman Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn. Bhd. dan delegasi daripada syarikat Sacofa Sdn. Bhd.

Kunjungan ini amat bermakna ini telah mengeratkan hubungan ASWARA dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pantadamai dan Sacofa Sdn. Bhd. ASWARA telah menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00 yang disalurkan ke Tabung Khas Anak Sarawak (TAKAS) yang baharu sahaja ditubuhkan untuk tujuan membantu pelajar daripada Sarawak yang mengalami masalah kewangan semasa pengajian mereka di ASWARA.  Rektor ASWARA, YBhg. Prof. Dato’Ir Hj. Mohd Rizon Juhari dalam ucapannya  berharap sumbangan seperti ini akan berterusan, mungkin dalam bentuk biasiswa atau pinjaman pula.   ASWARA  mempunyai seramai 25 orang pelajar dari Sarawak yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Seni Kreatif.


 

PROGRAM FINISHING SCHOOL 

Program Finishing School yang telah berlangsung pada 4 Mac 2017 menyaksikan penyertaan seramai 95 orang bakal graduanyang terdiri daripada 57 pelajar diploma dan 37 pelajar ijazah sarjana muda, bertempat di Dewan Orkestra ASWARA. Pelbagai aktiviti menarik disusuli ceramah kerjaya mengisi program ini dalam mempersiapkan bakal-bakal graduan mengharungi alam pekerjaan yang serba mencabar. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 6.00 petang dengan jayanya.


 

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA ANTARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KYOTO UNIVERSITY OF ART AND DESIGN, JEPUN.

Latar belakang program :

ASWARA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerima jemputan daripada Kyoto university of Art And Design (KUAD), Jepun untuk program pertukaran antarabangsa antara ASWARA dan KUAD susulan daripada kunjungan 16 orang mahasiswa KUAD, Jepun ke ASWARA pada 29 Februari – 5 Mac 2016 yang lalu untuk mengikuti bengkel kesenian tradisional.

Tujuan Program:

  • Memperkenalkan ASWARA sebagai sebuag institusi pengajian tinggi seni di Malaysia dab bertukar-tukar pendapat mengenai seni dan budaya akademi masing-masing.
  • Mendapatkan maklumat terperinci mengenai struktur seni persembahan tradisional Jepun disamping turut sama mempelajari budaya tradisi Jepun.
  • Membuka pengalaman baharu dalam konteks seni persembahan tradisional alam melayu.