Fakulti Teater memberi penekanan kepada dua program utama sejajar dengan keperluan industri yang menuntut kepelbagaian kemahiran. Pendekatan pembelajaran program dirangka dengan teliti bersama pakar rujuk, adiguru, ahli akdemik dan tokoh industri dalam melahirkan pelajar yang intelektual dan berkaliber. Program ini meliputi aspek kesenian tradisional, moden dan kontemporari yang berorentasikan pembelajaran secara praktikal seiring dengan penguasaan dan pengukuhan teori.


IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (LAKONAN)

MQA/ FA0147

Pengkhususan bidang ini merangkumi teater berteraskan klasik dan moden. Pelajar diberi pendedahan teori berkaitan dengan perkembangan teater dan kajian naskhah penting dunia. Praktik lakon dan keupayaan gerak dilatih melalui kerja praktikal studio serta pendedahan tentang kaedah teater alternatif dalam menyampaikan idea menerusi karya mereka. Secara tidak langsung mampu mempersiapkan pelajar sebagai aktor pentas teater, television dan filem.

  • Kreativiti Gerak Tubuh
  • Kaedah lakonan dan Vokalisasi
  • Teater klasik dan Teater Alternatif
  • Naskhah dan Interpretasi Teks
  • Pengurusan dan pentadbiran


IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (PENGARAHAN)

MQA/ FAO148

Pengkhususan bidang ini memfokuskan tentang pengertian dan kerja-kerja pengarahan bermula dari pemahaman naskhah, konsep dan pendekatan dalam pengarahan. Selaku teraju utama,ianya melatih pelajar dalam membentuk jati diri dan berani untuk memimpin dan mengurus sebuah produksi. Kemahiran praktikal diasah melalui pemahaman ilmu teori dan kerja-kerja studio.

  • Prinsip dan Konsep Pengarahan
  • Sejarah Teater dan Falsafah
  • Pendekatan dan Estetika Pengarahan
  • Rekaan Dan Sinografi
  • Analisis dan Interpretasi Teks

IJAZAH SARJANA MUDA TEATER DENGAN KEPUJIAN (SINOGRAFI)

MQA/ FAO149

Pengkhususan bidang ini memberi pemahaman terhadap kerja-kerja rekaan dalam membentuk sebuah persembahan. Kaedah teori dan praktikal melalui proses pembelajaran di dalam kelas dan praktikal studio. Bidang Sinografi menjurus terhadap visual yang menyokong dalam membentuk satu persembahan total.

  • Konsep dan Teknik Persembahan
  • Proses Rekaan dan perlaksanaan
  • Nilai – nilai Estetika dalam Persembahan
  • Kajian dan Interpretasi Teks

 

DIPLOMA TEATER

MQA/ FAO162

Program Diploma Teater melengkapkan pelajar dengan asas kemahiran ilmu teori dan praktikal. Kemampuan dan keupayaan pelajar dibimbing menerusi kaedah pengajaran yang tersusun. Bakat dan keupayaan pelajar dilatih melalui kuliah, kerja studio, dan produksi dengan menitikberatkan pembelajaran secara ‘hands-on’ daripada tenaga pengajar mahir, profesional dan tokoh-tokoh industri. Pendekatan formal dan sistematik mampu untuk mengembangkan potensi kemahiran dalam kerjaya seni samada dalam bidang lakonan, pengurusan dan kerja-kerja rekaan.

Modul Utama Pengajian

  • Perkembangan Dunia Teater dan Malaysia
  • Teori dan Kajian Naskhah
  • Tubuh dan Pergerakan Kreatif
  • Rekaan Seni dan Sinografi
  • Pengarahan dan Lakonan
  • Pengurusan dan Produksi

 

Dekan Fakulti Teater
Encik Fasyali Fadzly Saipul Bahri

Timbalan Dekan Fakulti Teater
Encik Rime Nazren Abd Razak

Ketua Program Lakonan
YM Engku Nor Zalifah Engku Abdul Rased

Ketua Program Pengarahan
Encik Mohd Shahrul Mizad Ashari

Ketua Program Sinografi
YM Tengku lefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin

Penolong Pendaftar
Encik Yusri Hidayat Yusof

Pembantu Tadbir
Puan Siti Nur Zulaika Ahmad Damanhuri

 

Kalendar Aktiviti Fakulti Teater

Produksi Teater Penilaian Tahun Akhir ljazah Sarjana Muda Teater: 3,6,9, 12 Januari 2023
Produksi Teater Klasik: 26-27 Januari 2023
Produksi Teater Kanak-kanak: 26-28 Mei 2023
Produksi Teater Eksperimen: 2-4 Jun 2023
Produksi Teater Penilaian Tahun Akhir Diploma Teater: 9, 10, 16, 17 Jun 2023
Produksi Teater Maden: 7-9 Julai 2023
Selective Stage: 19 – 22 Oktober 2023
Generatif llmu: 5 – 7 Disember 2023


Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)

Kemaskini: 16 Oktober 2023, 1715