Pekeliling dan Akta

 Akta 653

AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN 2006 ( Akta 653 )
Penubuhan ASWARA tertakhluk di bawah AKTA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN 2006 ( AKTA 653 ). Akta ini mempunyai (8) bahagian dengan 52 seksyen. Bahagian – bahagian utama adalah seperti berikut :-

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa dan tafsiran.
Penubuhan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Maka hendaklah ditubuhkan satu akademi yang dikenali sebagai “ Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan “

Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Akademi boleh mengadakan pengajian, kursus dan latihan dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan secara khususnya termasuk seni halus, sinematografi atau penggambaran, koreografi, drama, lakonan pentas atau sinematik, pengurusan pentas, fotografi, reka bentuk, kesenian kreatif, tarian, penulisan kreatif, lakon layar, penulisan skrip, pengarkiban atau subjek yang berkaitan dengan arkib, sains perpustakaan atau subjek berkaitan dengan perpustakaan, subjek muzium, produksi televisyen atau media elektronik, muzik dan pengajian, kursus atau latihan lain seumpanya sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( AKTA 30 ), Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550) dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (AKTA 555) tidak terpakai bagi Akademi.

  • Bahagian I
  • Bahagian II
    • Seksyen 3 (1)
    • Seksyen 3 (3)
    • Seksyen 4

Lembaga Pengarah

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pengarah Akademi yang hendaklah dikenali sebagai Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Perlantikan, Kuasa dan Kewajipan Rektor dan Timbalan Rektor

Maka hendaklah ada seorang Rektor yang hendklah dilantik oleh Menteri.

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perlantikan Rektor tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

Tertakluk kepada subseksyen (2), terma jawatan dan syarat perkhidmatan lain Rektor hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Akademi.

Maka hendaklah ada seorang atau lebih Timbalan Rektor yang dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Rektor.

Akademi hendaklah mempunyai seorang Pendaftar yang mana hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga.

Akademi hendaklah mempunyai seorang Bendahari yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga.

  • Bahagian III
    • Seksyen 8(1)
  • Bahagian IV
    • Seksyen 13(1)
    • Seksyen 13(2)
    • Seksyen 13(3)
    • Seksyen 13(7)
    •  Seksyen 14(1)
    • Seksyen 15(1)

Peruntukan yang berhubungan dengan Pelajar : menghuraikan mengenai tatatertib pelajar.

Kewangan : Penubuhan Kumpulan Wang

Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang akan ditadbir dan dikawal oleh Lembaga ditubuhkan.

Akta Badan Berkanun ( Akaun dan Laporan Tahunan ) 1980 ( AKTA 240 ) hendaklah terpakai bagi Akademi.

Kuasa Menteri untuk memberi arahan

Menteri boleh mengeluarkan arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan tersebut.

Pembatalan Pendaftaran Akademi Seni Kebangsaan

  • Bahagian V
  • Bahagian VI
    • Seksyen 27(1)
    • Seksyen 31
  •  Bahagian VII
    • Seksyen 33
  • Bahagian VIII