Program Ijazah Sarjana Seni Kreatif

Pada tahap ini, program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tempoh matang bagi program ini adalah SETAHUN SETENGAH (1, 1/2) secara sepenuh masa atau separuh masa. Bahasa pengantar  dan portfolio adalah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.


 Syarat-syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Seni Kreatif (Sepenuh Masa / Separuh Masa)

Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dan mendapat PNGK/HPNG 2.75 atau setara dengannya, dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia;
ATAU
Ijazah Sarjana Muda atau yang setara denganya mendapat sekurang-kurangnya HPNG 2.50 dan tidak mencapai PNGK/HPNG 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian rapi oleh Lembaga Pengajian ASWARA;
ATAU
Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK/HPNG 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang relevan;
ATAU
Calon yang tidak memiliki kelayakan yang diperlukan dan berusia 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma atau setara (contoh Asasi) dengan pengalaman kerja berkaitan, dan Lulus penilaian APEL;
DAN
Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.