Syarat-syarat Kelayakan Masuk 

Diploma

Syarat Am Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan/MyKad sahaja; DAN
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah; ATAU
  3. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut;
      • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
      • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
      • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
      • Kompeten semua modul vokasional; dan
      • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)

      (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET);    ATAU

  4. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  5. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan;  Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  7. Lulus Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  8. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
  9. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul; ATAU
  10. Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN
  11. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; DAN
  12. Lulus temu duga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

____________________________________________________________________________

Syarat Khas Kemasukan

Diploma

Kemasukan Calon Sijil dan Setaraf

Sijil Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau yang setara dengannya;

____________________________________________________________________________

Catatan :

  • Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
  • Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
  • Calon-calon Fakulti Filem dan Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan.
  • Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual dan Fakulti Animasi dan Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis.

Senarai Fakulti yang Menawarkan Program Diploma :

Panduan Akademik Pengajian Diploma Bagi Sesi Akademik 2023/2024

Peraturan Kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

 

Sesi akademik lalu:

Panduan Akademik Pengajian Diploma Bagi Sesi Akademik 2022/2023

Panduan Akademik Pengajian Diploma Seni Muzik ASWARA (RAMD) Bagi Sesi Akademik 2022/2023

Peraturan kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Panduan Akademik Pengajian Diploma Bagi Sesi Akademik 2021/2022

Peraturan kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Panduan Akademik Pengajian Diploma Bagi Sesi Akademik 2020/2021

Peraturan Kecil Akademik Bab A Bab B (Pindaan 9/2018)