Unit Pinjaman dan Biasiswa

Pinjaman Pelajaran Pelajar ASWARA telah diwujudkan sejak tahun 2007 susulan daripada perubahan status dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang dinaik taraf kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Melalui Penguatkuasaan Akta ASWARA (Akta 653) mulai 1 Ogos 2006, maka dengan itu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), dan Akta IPTS 1996 adalah tidak terpakai. Sehubungan dengan itu ASWARA tidak lagi tertakluk secara bersama dengan Seksyen 2, Akta PTPTN (Akta 556 yang menyebabkan proses Pinjaman Pelajaran melalui Tabung PTPTN tidak dapat dilaksanakan. Pinjaman Pelajaran Pelajar ASWARA diperuntukan kepada pelajar yang layak dengan beberapa syarat asas yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah :

1. Hanya ditawarkan kepada pelajar ASWARA tahun dua peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah mencapai tahap Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.00 ke atas dan tidak menerima sebragan menajaan samada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa dari mana-mana pihak.

2. Setiap pelajar yang menerima pinjaman ini haruslah mengekalkan tahap Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.00 keatas bagi setiap semester.

3. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah RM 3,000 dan ke bawah.

4. Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman selepas enam (6) bulan dari tempoh tamat pengajian.