Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



Pusat Seni Pentas Tradisonal (PuTRA)

ASWARA pada awalnya ditubuhkan adalah untuk memikul tanggungjawab melestarikan seni tradisi dalam masyarakat moden di negara ini. Ini diperkukuhkan lagi apabila ASWARA telah mewujudkan Pusat Seni Pentas Tradisional (PUTRA) yang dilancarkan oleh Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Malaysia iaitu Tan Sri Dr. Rais Yatim. PUTRA merupakan satu usaha yang amat relevan dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dalam industri kreatif dan mempunyai signifikan yang sangat besar dalam agenda pelestarian kesenian tradisi di negara ini.

Peranan PuTRA

  • Sebagai tunggak utama (The meeting point) dalam melahirkan tokoh dan seniman yang seimbang antara ilmu amali, ilmu akademik dan ensaiklopedik di dalam seni persembahan tradisional.
  • Melestarikan seni tradisi dengan penerapan idea-idea baru berprinsipkan traditions a key to modernity.
  • Mengenal konsep-konsep seni dan estetika bagi functional protective and Academic protective.
  • Menjana penghasilan ilmu berteraskan kepada Arts, Self, Aesthetic serta positivismenya.
  • Mencambahkan pemikiran strategik sebagai persediaan untuk menjayakan dialog estetik berhubungan dengan interprestasi seni.

Objektif PuTRA

  • Pusat rujukan dan pusat koleksi warisan kesenian negara.
  • Menjadikan ASWARA sebagai agensi kesenian yang berwibawa dan gedung khazanah tradisi Malaysia.
  • Sebagai pusat dokumentasi kesenian tradisional dan menyediakan asas intelektual yang kukuh dalam pendidikan kebudayaan.

Adiguru Etnomuzikologi – Nik Mustapha Nik Md. Salleh

  • Berkelulusan (Final Grade) grade 8 ABRSM, dari Royal School of Music, London pada tahun 1982.
  • Berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang etnomuzikologi melibatkan kajian dan penulisan ilmiah di dalam dan luar negara antaranya Asian Music Material, ACCU/UNESCO pada tahun 1997.

Adiguru Wayang Kulit – Che Mohd Nasir Yusoff

  • Berpengalaman lebih 50 tahun (Bermula sejak usia 5 tahun) di dalam bidang wayang kulit.
  • Telah mengadakan ribuan persembahan di dalam dan luar negara Beliau juga menjadi pakar rujuk kepada universiti-universiti tempatan dan antarabangsa.

Adiguru Bangsawan – Seniman Negara Rahman B.

  • Berpengalaman lebih 40 tahun di dalam bidang Bangsawan (mula aktif berlakon sejak berusia 8 tahun).
  • Berjaya mementaskan lebih 200 cerita Bangsawan. Antaranya seperti Menjunjung Duli, Raja Andak Raja Laksamana, Bendahara Garang Perak, Megat Terawis dan Alang Buana.

Adiguru Makyung – Fatimah Abdullah

  • Berpengalaman lebih 40 tahun di dalam bidang Bangsawan (mula aktif berlakon sejak berusia 10 tahun).
  • Persembahan beliau telah didokumentasikan dalam UNESCO World Heritage 1994

Program PuTRA – Kursus-kursus Teras Tradisional PuTRA

Diploma

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
1 TradisionalPengenalan Teater TradisionalAsas Seni Pentas Tradisional Wayang Kulit I / Bangsawan I / Makyung I
2 Wayang Kulit II / Bangsawan II / Makyung II Wayang Kulit III / Bangsawan III / Makyung III
3 Wayang Kulit iV / Bangsawan iV / Makyung IV

Sarjana Muda

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II
1 Kesenian Tradisional Bengkel Teater Tradisional I
2 Produksi Teater Tradisional I Bengkel Tradisional II
3 Produksi Teater Tradisional II

Kursus amali selama 14 minggu, ia terbuka kepada semua peringkat umur; calon mestilah berupaya mengikuti kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah gamelan, caklempong, dikir barat, pembuatan alat muzik tradisional, pembuatan patung, pewayangan, lakon makyung, muzik wayang kulit, nyanyian lagu tradisional dan lain-lain.Sijil Seni Tradisi PuTRA (Jangka Pendek)

Yuran Kursus Sijil Seni Tradisi PuTRA

Jenis Pakej Keterangan
RM 500 Seorang peserta hanya mengambil satu kursus sahaja
RM 300 Seorang peserta yang mengambil 2 kursus. Bagi tambahan kursus seterusnya, potongan yuran sebanyak RM 100
RM 800 15 September 2014Bagi penyertaan secara berkumpulan (minima 5 orang atau lebih). Yuran dikenakan sebanyak RM 300 seorang.

Program-program Jaringan Kerjasama

Dalam usaha menyebarluas pendidikan teater dan muzik tradisional seperti Wayang Kulit, Makyung, Gamelan dan Caklempong ke peringkat antarabangsa, PuTRA giat menjalinkan kerjasama antarabangsa dengan institusi-institusi seperti  New York University (2016), Kyoto University Of Arts and Design,Jepun (2016), East West Center, Hawaii, Amerika Syarikat (2016) dan University of Wollongong, Australia (2017).

Program-program Perluasan

Semenjak tahun 2015, beberapa siri Gema seni Tradisional PuTRA telah dilaksanakan sebagai inisiatif PuTRA melestarikan seni budaya negara. Program yang telah mendapat respon positif dari pelabagai lapisan masyarakat ini telah mementaskan seni tradisi seperti Makyung, Wayang Kulit, Caklempong Gamelan, Bertabik, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong. Program Gema seni Tradisional PuTRA merupakan acara tahunan yang sering dinanti-nantikan.