Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



Pusat Pengajian Pasca Siswazah (Kursi P. Ramlee)

ASWARA terus mengorak langkah kehadapan dalam menjalankan fungsinya sebagai institut pengajian tinggi yang berjaya menghasilkan ramai graduan Industri Kreatif seterusnya membantu negara Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Sejajar dengan perkembangan ini, ASWARA telah menubuhkan sebuah program baharu di peringkat Pengajian Pasca Siswazah yang mula mengambil kumpulan pelajar pertama pada September 2013 menerusi penubuhan Kursi P. Ramlee, Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik.

Kursi P. Ramlee telah dirasmikan penubuhannya oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia pada 18 Oktober 2012 di Dewan Orkestra ASWARA. Program Pengajian Pasca Siswazah di tempatkan di bawah Kursi P. Ramlee yang dijadikan sebagai Pusat Penyelidikan Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik. Di bawah pusat penyelidikan ini, ia menawarkan program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam bidang seni kreatif merangkumi bidang penulisan, teater, perfileman dan muzik, juga teknologi terkini dalam bidang animasi dan pentadbiran kesenian.

Program yang ditawarkan di Kursi P. Ramlee, Pusat Penyelidikan Kecermelangan dan Kesarjanaan Artistik adalah seperti berikut:

i.  Sarjana Seni Kreatif (MA)
ii.Doktor Falsafah Seni Kreatif (PhD)

 i.Sarjana Seni Kreatif(MA)

Program Sarjana Seni Kreatif daripada empat semester intensif dengan ceramah, bengkel kerja, kritik, seminar, persembahan dan pameran. Sepanjang empat semester, pelajar bekerja dengan penyelia yang mahir dan professional dalam bidang kajian untuk mewujudkan kursus mereka sendiri untuk merealisasikan projek seni dan penyelidikan individu dengan sokongan fakulti dan penasihat yang dipilih.

ii.Doktor Falsafah Seni Kreatif(PhD)

Program Doktor Falsafah Seni Kreatif ialah program ijazah dengan tempoh masa tiga tahun dan komitmen kerja lebih kurang 30 jam seminggu. Kedua-dua darjah ditawarkan untuk penyelidikan (karya kreatif) berasaskan studio dan di sertai disertasi yang ditulis dengan konteks kerja dan proses kerja berportfolio.

Klik Untuk Memohon Program Pengajian Pasca Siswazah