Syarat-syarat Kelayakan Masuk 

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

Syarat Am Kemasukan

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU
  • Lulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana UA / IPTS dengan mendapatkan PNGK 2.00; ATAU
  • Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; ATAU
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut;
    • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
    • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
    • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
    • Kompeten semua modul vokasional; dan
    • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)
    (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf ATAU;
  • Melalui Kemasukan APEL; dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), DAN
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; DAN
  • Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

___________________________________________________________________________

Syarat Khas Kemasukan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian

(kemasukan calon STPM)

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am DAN Lulus Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, atau kelayakan yang setara dengannya; ATAU

(kemasukan calon STAM)

Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Jayyid, DAN lulus Matematik dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; ATAU

__________________________________________________________________________

PROGRAM:

  • IJAZAH SARJANA MUDA ANIMASI DENGAN KEPUJIAN
  • IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERMAINAN DIGITAL DENGAN KEPUJIAN

(kemasukan calon Diploma/Setaraf)

Diploma Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau setara dengan PNGK minimum 2.50;

(Calon dengan PNGK di antara 2.00 dan 2.50 boleh diterima tertakluk kepada proses penilaian dalaman)

__________________________________________________________________________

Catatan

  • Calon-calon Fakulti Teater dan Fakulti Tari akan dikenakan ujibakat
  • Calon-calon Fakulti Penulisan Kreatif diminta membawa contoh penulisan yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Muzik akan diuji dari segi pembacaan nota dan permainan alat muzik
  • Calon-calon Fakulti Filem & Televisyen akan diuji dari segi bakat melukis Lakaran Papan Cerita (storyboard) dan menulis (Storyline) serta diminta membawa Lakaran Papan Cerita (storyboard), filem pendek (short film) atau skrip yang telah dihasilkan
  • Calon-calon Fakulti Animasi & Multimedia akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa portfolio
  • Calon-calon Fakulti Pengurusan Seni & Budaya diminta membawa resume dalam bentuk soft copy (berformat Power Point) dan hard copy
  • Calon-calon Fakulti Rekaan Komunikasi Visual akan diuji dari segi bakat melukis dan diminta membawa karya lukisan (sekiranya ada)

Senarai Fakulti yang Menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda:

Panduan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2023/2024

Peraturan Kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

 

Sesi akademik lalu:

Panduan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2022/2023

Peraturan Kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Panduan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2021/2022

Peraturan Kecil Akademik Bab A & Bab B (Pindaan 10/2021)

Panduan Akademik Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2020/2021

Peraturan Kecil Akademik Bab A Bab B (Pindaan 9/2018)