Program Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif

Pada tahap ini, program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Tempoh matang bagi program ini adalah TIGA TAHUN secara sepenuh masa. Bahasa pengantar  dan portfolio adalah dalam Bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris.


Syarat-syarat Kemasukan Program Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif

Ijazah Sarjana dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) atau dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan hendaklah dalam bidang pengajian yang berkaitan;
Kelayakan lain setara dengan ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Lembaga Pengajian ASWARA;

DAN

Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia peringkat SPM atau setaraf.