Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif ASWARA yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan Program Sijil Pengajian Asasi Seni Kreatif (MQA/FA7491) memberi fokus untuk menyiapkan para pelajar bagi kemasukan ke pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian di ASWARA. Tempoh pengajian program adalah tiga (3) semester dalam satu (1) tahun. Sepanjang program ini, pelajar akan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman secara asas dan fokus dalam bidang seni kreatif termasuk seni rakaman, seni persembahan, seni reka, penulisan kreatif dan pengurusan seni dan budaya. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas tersebut juga akan memberikan pelajar maklumat, rujukan dan bimbingan yang penting untuk memilih bidang pengkhususan yang bakal diambil di peringkat pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian.

 

Klik Untuk Memohon Pengajian Asasi Seni Kreatif

(Paparan terbaik melalui versi desktop)

Kemaskini: 2 September 2023, 1030