Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



Fakulti Rekaan Komunikasi Visual

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual bermatlamat melahirkan karyawan, seniman, pereka seni komunikasi visual pentas, animasi, filem dan TV. Fakulti ini juga bertujuan melahirkan individu penghayat seni yang berilmu, kreatif, beradab dan profesional melalui satu program pendidikan formal Rekaan Komunikasi Visual yang bersifat holistik berteraskan perkembangan semasa industri kreatif. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni visual berbentuk teori,vokasional dan kemahiran dengan sokongan dan latihan daripada pensyarah dan guru yang bertauliah serta berpengalaman dalam bidang seni komunikasi, Rekaan 2D, Rekaan 3D dan Sinografi.


Diploma Rekaan Komunikasi Visual

Fakulti Rekaan Komunikasi Visual (Visual Communication Design – VCD) merupakan sebuah fakulti yang memfokuskan kepada pengajian dalam bidang seni rekaan komunikasi visual yang menggabungkan ilmu seni halus, rekaan 3D, rekaan visual dan seni persembahan. Keunikan kursus ini ialah menawarkan kemahiran rekaan komunikasi visual yang merangkumi kemahiran ‘static design’ hingga kepada ‘moving images design.’ Gabungan kedua-dua elemen tersebut merupakan keistimewaan kepada kursus ini.

Kursus ini juga menekankan kepada penguasaan ilmu asas seni visual yang merangkumi bidang lukisan dan fotografi. Melalui ilmu dan kemahiran static design, pelajar dapat menguasai bidang senireka dalam bentuk visual grafik seperti poster, banners, bunting, brocer, pamplet, corporate image dan lain-lain.

Peringkat seterusnya, dan merupakan pelengkap kepada kursus ini ialah penguasaan kepada moving images design yang memberikan peluang kepada pelajar mendalami ilmu dan kemahiran merekabentuk visual sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari, filem dan animasi. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan sama ada melalui rekaan bentuk (texture), warna (colour), emosi (mood) dan suasana (atmosphere) bagi membolehkan pelajar membuat rekaan set dan prop, kostum, solekan, multimedia, pencahayaan dan bunyi.

Proses pembelajaran dan pengajaran dengan kemudahan perisian komputer terkini seperti perisian ADOBE dan AutoCAD serta penekanan kepada aspek teori dan praktikal memberikan peluang kepada pelajar melengkapkan diri sebagai graduan serta aktivis seni kreatif yang berkemahiran tinggi.

Graduan Diploma Rekaan Komunikasi Visual mempunyai potensi yang tinggi untuk menceburi kerjaya secara profesional dalam industri kreatif khususnya seni komunikasi visual dan seni persembahan sama ada sebagai Pereka Grafik (Graphic Designer), Pengarah Artistik (Artistic Director), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art Director), Pereka Set (Set Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Cahaya (Lighting Designer), Pereka Audio (Sound Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan (Make-up Designer) atau Pereka Multimedia (Multimedia Designer).

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)