Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan  



Fakulti Pengurusan Seni & Budaya

Fakulti Pengurusan Seni & Budaya menyediakan program akademik, latihan profesional dan pendidikan bermakna, menyeluruh serta intensif yang menjurus pada aspek-aspek keusahawan, pengurusan, pengkaryaan dan kreativiti dalam industri kreatif.

Fakulti ini fokus untuk mendidik dan melahirkan tenaga profesional terlatih yang bukan sahaja berpengetahuan serta berkemahiran tinggi tetapi juga industry-ready untuk sektor-sektor kreatif, pelancongan dan budaya yang kini menjadi antara enjin penting dalam memacu perkembangan ekonomi dunia.


Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni & Budaya Dengan Kepujian

Fakulti Pengurusan Seni & Budaya ditubuhkan pada tahun 2013 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya pada bulan September pada tahun yang sama. Fokus dan penekanan fakulti ini adalah menjurus kepada pembelajaran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang berasaskan industri (industry-based learning). Fakulti ini menawarkan modul pengajian di peringkat ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni & Budaya Dengan Kepujian. Pengisian program dirangka secara teliti dengan memberikan penumpuan dan pendedahan terhadap pelbagai aspek khususnya dalam bidang pengurusan am, pengurusan seni kreatif, perniagaan, teknologi baru, pembangunan pelanggan, penjenamaan, pemasaran & publisti dan kesenian & undang-undang.

Program ini juga memberikan pelajar pendedahan secara langsung kepada kegiatan industri melalui projek lapangan oleh tenaga pengajar dan pembimbing yang diakui pencapaiannya dalam industri kreatif tanah air dan juga antarabangsa. Program ini melahirkan tenaga pengurusan profesional yang berkemahiran tinggi serta bersifat industry-ready untuk memenuhi keperluan industri sejajar dengan peningkatan sumbangan industri kreatif terhadap perkembangan ekonomi negara. Tempoh pengajian adalah selama tiga (3) tahun sepenuh masa.

Klik untuk memohon secara on-line sekarang 

(Paparan terbaik melalui versi desktop)